Apa Reaksi USD Selepas Keputusan Fed?

855

Reaksi US dolar susulan mesyuarat polisi FOMC tampaknya tidak seperti yang dijangkakan apabila raja mata wang itu mencatatkan penyusutan sebaik sahaja pengumuman dibuat.

Menepati ramalan secara meluas, Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 1.75%.

Lonjakan inflasi Amerika Syarikat pada bulan Mei turut mengejutkan Fed yang terdahulu hanya memberi indikasi untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas sahaja, memaksa bank pusat itu mengambil langkah drastik yang tidak dijangkakan ini.

Bagaimanapun, pada sesi Asia raja mata wang itu kembali stabil dengan indeks dolar didagangkan sedikit meningkat 105.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Tindak balas yang dipamerkan US dolar mungkin disebabkan oleh unjuran menyuramkan bank pusat terhadap ekonomi Amerika Syarikat, sementara kadar pengangguran dan inflasi pula meningkat yang memberi tanda-tanda kemelesetan.

Meskipun begitu, Fed terus hawkish dengan mengatakan ia komited untuk meningkatkan kadar lebih besar bagi mengurangkan tekanan inflasi.

Penyusutan ini mungkin juga berpunca daripada pelabur yang mengambil keuntungan setelah meningkat tinggi sejak awal minggu susulan jangkaan kenaikan lebih agresif dari Fed.

Sementara itu, mata wang euro kekal didagangkan suram selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan skim baharu untuk meredakan kebimbangan terhadap krisis hutang di negara-negara yang berhutang apabila ia menaikkan kadar faedah pada bulan hadapan.

Pound pula sedikit meningkat susulan kemerosotan US dolar, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat