Apa Sebab Korea Selatan Rampas $140 Juta Daripada Co-Founder Terra?

125

Pihak berkuasa Korea Selatan dilaporkan bertindak membekukan sebanyak $104.4 juta (140 bilion won) daripada co-founder Terraform Labs Shin Hyun-seong ekoran memperoleh keuntungan melalui saluran yang tidak wajar.

Keputusan pembekuan yang diluluskan oleh Mahkamah Daerah Selatan Seoul tersebut turut didakwa atas kesalahan menjual token Terra pre-issued* kepada para pelabur.

*Sebahagian daripada token yang telah dilombong (dan diedarkan) sebelum tarikh pelancaran rasmi syiling

Terdahulu, peguam Shin menafi tuduhan yang mendakwanya menjual Luna daripada paras harga tertinggi melalui kaedah haram bagi memperoleh sejumlah keuntungan.

Secara konteks, pemeliharaan preindicment dana merupakan salah satu kaedah bagi menghalang pelaku jahat daripada melupuskan dana yang dicurinya dan mengakibatkan lebih banyak kerugian kewangan kepada para pelabur.

Umumnya, Shin kini disiasat oleh pihak berkuasa Korea Selatan atas dua pertuduhan iaitu menjana keuntungan dengan mengeluarkan token dalaman LUNA dan TerraUSD (UST) serta membocorkan maklumat transaksi pelanggan Chai, iaitu aplikasi pembayaran di Korea yang berkaitan dengan Terra.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dikatakan telah melakukan pelabagai usaha untuk menyelesaikan kes Terra ini sejak enam bulan perkhidmatannya diberhentikan susulan kebanyakan mangsanya menghadapi sejumlah kerugian yangs sangat besar.

Buktinya, pendakwa raya Korea Selatan mengarahkan co-founder hadir ke mahkhamah sebagai sebahagian daripada siasatan mengenai kejatuhan syarikat tersebut pada 14 November.

Manakala pada minggu pertama bulan November, pendakwa raya menuduh co-founder Terra Do Kwon telah memanipulasi harga Terra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat