Apa Sudah Jadi Dengan US Dollar?

565

US dolar susut ke paras terendah 2 minggu menuju penghujung minggu berbanding kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran gagal untuk mengekalkan peningkatan selepas minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan sedikit menyokong US dolar sebelumnya.

Hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) susut lebih rendah hampir menuju je paras 1.60% telah memberi tekanan terhadap US dolar.

Di samping itu, data tuntutan pengangguran AS mengejutkan pasaran apabila kembali catatkan angka yang meningkat berbanding jangkaan penurunan untuk minggu lalu.

Situasi ini kembali mencetuskan kebimbangan semula terhadap sektor buruh di AS selepas laporan data pekerjaan NFP yang diterbitkan minggu lalu positif.

Indeks dollar juga susut 0.35% ke paras lebih rendah pada 92.09, terendah sejak 23 Mac yang lalu.

Federal Reserve (Fed) masih berwaspada terhadap risiko pandemik walaupun jangkaan pemulihan ekonomi berikutan pelaksanaan bantuan rangsangan ekonomi oleh Presiden Joe Biden.

Dengan pasaran buruh yang masih belum stabil, penganalisis berpandangan unjuran pemulihan ekonomi AS masih lagi jauh berbanding jangkaan Fed.

Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell telah memberi isyarat bahawa bank pusat tidak akan berhenti untuk menyokong pemulihan ekonomi AS dengan menjangkakan kenaikan harga pada tahun ini bersifat sementara.

Situasi yang menambah tekanan buat US dolar dilihat akan terus mendorong penyusutan nilai raja mata wang tu berkemungkinan sehingga ke minggu berikutnya.

Dengan penyusutan US dolar, Yen telah berjaya mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi 2 minggu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat