Apa Sudah Jadi? Kekayaan Elon Musk Susut Lagi

4,072

‘Nampak seperti Elon Musk stuggle nak kekalkan statusnya sebagai manusia terkaya dunia kalau macam ni.’

Bagai laut yang ada pasang dan surut, begitu juga dengan situasi kewangan jutawan terkaya dunia, Elon Musk.

Terbaharu, Musk sekali lagi menyaksikan dirinya terkeluar daripada kelompok jutawan dengan nilai kekayaan US$200 bilion pada Selasa (24 Mei).

Sebagai makluman, istilah kelompok yang digunakan merujuk kepada kalangan orang yang pernah mencapai nilai kekayaan $200 bilion, dan setakat ini hanya Elon Musk sahaja yang pernah mencapai nilai kekayaan sebanyak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan pengasas SpaceX itu terpaksa menyaksikan nilai kekayaannya susut 5.4% pada $192.7 bilion selepas saham syarikat kereta eletrik (EV) menjunam 7% baru-baru ini.

Difahamkan bahawa kerugian Tesla buat masa ini telah mengatasi kerugian indeks S&P 500 yang kali terakhir menurun 0.8%.

Ini secara tidak langsung juga menandakan kali ke-2 Musk menyaksikan kekayaannya merosot iaitu pada Mac 2022.

Walaupun merosot, nilai kekayaannya kembali ke $280 bilion pada April pada hari beliau mengumumkan pemerolehan 9% kepentingan dalam syarikat media sosial kegemarannya, Twitter.

Dipercayai, antara faktor lain kepada kemerosotan nilai kekayaan tersebut adalah tindakan Musk yang membida untuk membeli Twitter Inc secara rasmi.

Namun, sehingga kini masih tiada kemas kini mengenai bidaan tersebut kerana Musk menyatakan bahawa beliau tidak akan melengkapkan pembelian sehingga Twitter membaiki masalah spam bot.

Sungguhpun nilai kekayaan Musk merosot, beliau masih lagi manusia terkaya dunia yang menurut indeks Bloomberg Billionaires masih lagi mengungguli ranking teratas dalam kelompok kekayaan $100 bilion.

Jadi peminat Musk usah risau atau bimbang kerana pasti selepas ini beliau kembali memasuki kelompok $200 bilion semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat