Apa Telah Terjadi Pada Laporan Data Pekerjaan NFP Jumaat Lalu?

760

Tumpuan utama pasaran pada minggu lalu adalah terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi pasaran New York Jumaat lalu. Data perubahan kadar pekerjaan tidak termasuk sektor pertanian, mencatatkan pertambahan yang rendah dengan hanya 20,000 pertambahan pekerjaan direkodkan pada bulan Februari meleset daripada jangkaan penurunan hanya pada 180,000 pekerjaan dan jauh lebih rendah berbanding 311,000 pekerjaan dicatatkan pada Januari lalu.

Namun, kadar purata pendapatan pula mencatatkan peningkatan pada kadar 0.4% melebihi angka jangkaan 0.3% oleh pasaran dan mengatasi bacaan 0.1% pada bulan sebelumnya.

Turut positif adalah bacaan pada kadar pengangguran yang menurun daripada 4.0% pada bulan Januari kepada 3.8% untuk bacaan Februari mengatasi jangkaan penurunan 3.9% oleh pasaran.

Walaupun kadar purata pendapatan dan kadar pengangguran mencatatkan bacaan yang positif, namun pertambahan pekerjaan yang sangat rendah pada bacaan kali ini menimbulkan sedikit kebimbangan terhadap sektor buruh dan membuatkan matawang AS dolar mengalami sedikit penurunan susulan laporan pekerjaan NFP tersebut dikeluarkan.

Turut dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP adalah laporan data pekerjaan di Kanada. Pertambahan pekerjaan di Kanada mencatatkan angka yang agak tinggi iaitu 55,900 pekerjaan jauh lebih tinggi mengatasi jangkaan penurunan hanya 600 pekerjaan sahaja oleh pasaran. Namun, angka tersebut masih rendah berbanding pertambahan pekerjaan pada Januari iaitu 66,800 pertambahan pekerjaan yang telah direkodkan.

Perkembangan terhadap matawang Pound Sterling pula, dengan tempoh masa berbaki tiga minggu lagi sebelum Britain bakal mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah (EU), posisi jualan terhadap matawang GBP tersebut terus meningkat berikutan kebimbangan pelabur terhadap gambaran senario yang buruk Brexit bakal memberi kesan terhadap pasaran.

GBP dijangka akan terus berada dalam kelompok dagangan yang berisiko pada minggu ini dan sebarang laporan terbaru perkembangan Brexit akan memberi kesan secara terus terhadap dagangan matawang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat