Apa Terjadi Jika Ganja ‘Dihalalkan’?

2,787

Apa yang terjadi pada ekonomi sesebuah negara sekiranya ganja dibenarkan penggunaannya?

Apabila menyebut mengenai ganja, pelbagai respon diberikan oleh masyarakat. Ada pihak yang beranggapan ganja akan merosakkan akal fikiran dan menyebabkan kadar jenayah meningkat.

Ada juga pihak yang mendakwa ganja menghilangkan tekanan hidup buat seketika, tidak memberi kemudaratan dan tidak memberi kesan yang terlalu buruk berbanding rokok.

Namun, dalam artikel ini, penulis tidak mahu membahaskan mengenai itu tetapi ingin berkongsi kesan penghalalan ganja terhadap ekonomi sesebuah negara.

Pada tahun 2012, Colorado dan Washington menjadi negeri pertama yang membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi.

Jadi apakah perubahan yang berlaku setelah ganja dibenarkan di kedua-dua negeri itu?

Perubahan pertama adalah kadar kemalangan kenderaan meningkat akibat penggunaan ganja yang tinggi. Namun kadar kematian akibat kemalangan disebabkan oleh ganja menurun berbanding mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu, kadar jenayah di Washington menurun ke paras terendah dalam tempoh 40 tahun manakala Colorado hanya mencatatkan 2.4% kes jenayah.

Di California pula, penghalalan ganja untuk tujuan perubatan telah mengurangkan kadar jenayah kejam sebanyak 15%, kes pecah rumah menurun 14% dan kes bunuh berkurang 10%.

Dari aspek ekonomi, selepas empat bulan pertama legalisasi ganja dilaksanakan, Colorado memperoleh cukai pendapatan hasil penjualan ganja sebanyak AS$10 juta.

Sewaktu perjanjian awal mengenai legalisasi berkenaan dimeterai, sebanyak AS$40 juta yang diterima menerusi penjualan ganja akan digunakan untuk peruntukan sekolah serta pendidikan tentang narkotik bagi generasi muda.

Industri ganja di Colorado juga telah menambahkan peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 pekerja baharu.

AS juga dilihat berjaya menjimatkan kos sebanyak kira-kira AS$12-40 juta selepas menghentikan operasi membanteras individu atau pihak yang memiliki ganja.

Penafian: Artikel ini tidak menyokong atau menggalakkan penggunaan ganja dan hanya sekadar pengkongsian fakta oleh pihak Intraday.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat