Apa Terjadi Pada Emas Dalam Sesi Dagangan Ini?

1,102

Permulaan awal minggu menyaksikan logam kuning emas didagangkan positif ketika US dolar bergerak lemah di tengah-tengah penutupan pasaran saham dan bon Amerika Syarikat sempena cuti Hari Kemerdekaan Negara Juneteenth.

Ketika sesi Asia, harga emas sedikit peningkat pada sekitar harga $1,845 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,847 per auns.

Raja mata wang US dolar memaparkan penurunan selepas ditutup tinggi pada Jumaat lalu, sekali gus meningkatkan daya tarikan buat pemegang mata wang lain untuk mendapatkan emas.

Emas mengejutkan pasaran pada minggu lalu dengan daya tahannya selepas kenaikan 75 mata asas daripada Federal Reserve (Fed) yang telah menyebabkan pergerakan turun naik yang besar dalam  kebanyakan pasaran kewangan.

Walaupun begitu, penganalisis tidak melihat peningkatan besar dalam pergerakan emas dalam jangka pendek serta tidak menolak bahawa ia akan kembali ke $1,800 per auns.

Bank pusat AS terus mengulangi komitmen mereka untuk memerangi inflasi walaupun berdepan risiko kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat