Apa Terjadi Pada Pergerakan EUR/USD Selepas NFP?

250

US dolar dilihat berjaya memaparkan prestasi yang baik pada pembukaan pasaran di awal minggu ini, namun momentum agak perlahan berkemungkinan kesan daripada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan yang bercampur.

Pertambah pekerjaan di AS untuk bulan Mei berjaya mengatasi jangkaan penurunan, namun lebih rendah berbanding angka yang dicatatkan pada April lalu.

Kadar pengangguran serta purata pendapatan pula kekal di paras sebelumnya berbanding jangkaan untuk catatan angka yang lebih baik untuk bulan Mei.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu ini, walaupun terdapat penurunan yang berlaku, namun harga dilihat masih bergerak pada zon yang mendatar.

US dolar masih memberi tekanan walaupun momentum yang masih perlahan, sementara pelabur berwaspada terhadap mata wang Euro menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada minggu ini.

Setelah beberapa petunjuk yang disampaikan sebelum ini, pasaran menantikan sama ada European Central Bank (ECB) benar-benar akan memulakan langkah kenaikan kadar faedahnya buat pertama kali dalam tempoh lebih 1 dekad.

Jika benar berlaku, berkemungkinan Euro akan paparkan corak pengukuhan nilainya dan mendorong kenaikan harga pada carta EUR/USD.

Harga yang bergerak di atas zon 1.07000 dijangka akan menguji rintangan pada zon 1.08000 yang gagal dilepasi pada minggu lalu.

Kenaikan yang lebih tinggi diteruskan bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu dengan sasaran seterusnya adalah pada zon 1.09000.

Namun jika US dolar yang lebih mendominasi pada minggu ini, harga boleh ditekan lebih rendah untuk mengatasi paras sokongan minggu lalu pada sekitar 1.06400.

Penurunan lanjut harga bakal menguji pula zon RBS (resistance become support) 1.06000 untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon tersebut sebelum menentukan arah pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat