Apa Terjadi Selepas Pertemuan Powell Dan Trump Semalam?

302

Sentimen terhadap dagangan dolar USD akibat ketegangan perdagangan terus lemah walaupun dengan kenyataan positif oleh pegawai-pegawai Amerika Syarikat mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama akan dapat dimeterai tidak lama lagi.

China dilaporkan pesimis untuk mencapai perjanjian berikutan terganggu dengan kenyataan daripada Presiden AS Donald Trump pada minggu lepas di mana beliau mengatakan tidak ada perjanjian untuk menghapuskan tarif.

Selain itu, China juga dikatakan sentiasa mengikuti dan melihat dengan teliti situasi politik di AS termasuk pendengaran daripada saksi mengenai siasatan Donald Trump dan pemilihan presiden.

Susulan daripada itu, dolar Amerika kembali menyusut untuk diniagakan di bawah paras 109.00 berbanding yen. Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain naik sedikit kepada 97.84.

Dolar USD turut lemah selepas dilaporkan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed) Jerome Powell telah bertemu dengan Presiden AS Donald Trump dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin di White House untuk berbincang mengenai ekonomi.

Trump meluahkan rasa puas hatinya terhadap perbincangan tersebut yang membincangkan kadar faedah, kadar negatif, perdagangan dengan China dan EU, kadar inflasi, pelonggaran dan pengukuhan dolar.

Mengikuti perkembangan Brexit, Ketua Perdagangan Kesatuan Eropah (EU) Sabine Weyand memberitahu PM UK Boris Johnson hanya akan mendapat perjanjian perdagangan ‘bare bones’ atau yang hanya melibatkan perkara asas dan perlu sahaja daripada Brussels pada tahun depan, atau tidak ada perjanjian yang akan dilakukan.

Berikutan itu, dagangan pound mendatar berbanding matawang USD di pasaran sesi Asia hari ini dengan perhatian terus tertumpu kepada perkembangan dalam pilihan raya UK di mana parti pimpinan PM Johnson terus mendahului parti pembangkang dalam tinjauan pilihan raya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat