Apa Ulasan MoshedFX tentang GWGFX ?

3,931

Sebelum ini saya ada ceritakan tentang perbezaan Real Forex Trading dan Skim Pelaburan yang berlindung di bawah nama forex? Dari artikel berkenaan, ramai yang melibatkan diri dengan GWGFX melenting dan memberi tohmahan dan kutukan kepada saya dengan amat biadab. Dari artikel yang saya tulis sebelum ini, saya tidak hanya memaksudkan GWGFX tetapi maksud saya adalah secara umum kerana jika anda tahu banyak lagi Skim2 lain yang berlindung di bawah nama BROKER FOREX, tetapi dari komen yang anda lihat dibawah, terdapat orang yang memang berasa pedasya. Siapa makan cili, dia berasa pedas. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan sedikit ulasan yang beretika atas program yang mereka ikut sekaligus membersihkan nama saya dari hujahan. Walau bagaimanapun saya amat hormati kepada yang bersifat professional, dunia perlukan ramai orang macam anda. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang forex sejak dari tahun 2006.

Saya tidak salahkan mereka, kerana mereka mungkin tidak tahu, tetapi percaya tanpa selidik dan komen yang melampaui batas di facebook adalah tidak wajar. Sedutan dan screenshot yang dihantar oleh rakan saya, dari dalam Group Facebook. Oleh sebab komen itu seperti meminta saya mengulas tentang GWGFX, jadi saya pun sudi untuk mengulas dan menyampaikan, terima kasih kepada saudara yang komen sebegitu rupa. 🙂

gwgfx-broker
Setiap gambar dalam website ini boleh klik untuk besarkan lagi! 🙂

ASAL USUL DI MANA ?

Pertama kali mari kita mempersoalkan asal usul serta kesahihan Skim tersebut, berdasarkan alamatnya. Saya tidak sebut ‘broker’, saya sebut skim, kerana bagi saya broker adalah badan pembrokeran yang sah dan berdaftar dengan mana-mana negara yang menyediakan lesen operasi dalam bidang kewangan seperti FCA UK dan NFA USA, jika tidak ia bukan forex broker.

Alamat :

Global Wave Gold Corporation
Suite 305, Griffith Corporate Center,
PO Box 1510, Beachmont,
Kingstown, St. Vincent & Grenadines

alamat-gwgfx-scam-03

alamat-gwgfx-scam-01

 

alamat-gwgfx-scam-02

Tanda merah pada Gambar Google Map di atas adalah St Vincent and the Grenadines.

Kepada yang tertipu yang mengatakan St Vincent & Grenadines adalah terletak di USA, lakukan kaji selidik dahulu. Kadang-kadang saya kasihan kepada pelabur yang sangat tinggi semangat melaburnya, sanggup mengambil Loan dari Bank untuk Invest di sini berpuluh ribu, beratus ribu, tetapi tidak melakukan Due Delligence di mana tempatnya, hanya mendengar kata upline yang juga tidak tahu di mana St Vincent. Ia bukan terletak di United States, Amerika. Ia tidak tertakluk pun di bawah Kuasa dan Authority USA. Ia adalah pulau kecil di sekitar Trinidad Tobago, Puerto Rico, Barbados. Pulau-pulau beini dipanggil pulau-pulau offshore yang digunakan oleh banyak Moneygame program berdaftar di sekitar ini kerana tiada undang-undang atau satu badan negara yang kawal selia program-program merapu. Size pulau ? Size St Vincent hanya sebesar 389 km persegi, lebih kecil dari Pulau Langkawi 478.5 km persegi. Di sini anda nak laburkan duit anda atau pergi bercuti? 😀 Untuk pengetahuan anda, laman web betting, perjudian juga sangat banyak berdaftar di pulau-pulau sekitar ini kerana tiada kawal selia daripada kerajaan dan banyak digunakan untuk pengelapan wang haram (money laundering).

ALAMAT SIAPA ?

Ok, mari kita lihat adakah badan kerajaan yang menguruskan pendaftaran di St Vincent, ya ada tetapi walaupun sangat diragui keberkesanannya untuk menjaga duit kita berbanding FCA UK (dari Bank of England) ataupun NFA US (dari USA) tapi mari kita lihat. Ia dipanggil SVGFSA ( Financial Services Authority St Vincent & the Grenadines). Saya dapatkan maklumat dari sana, apakah syarikat yang berdaftar di alamat yang berdaftar oleh GWGFX. Rupanya bukan GWGFX, tetapi syarikat itu adalah WILFRED SERVICES LTD. Apakah servis atau perniagaan yang dilakukan WILFRED ? Ia adalah satu syarikat VIRTUAL OFFICE, iaitu jika anda ingin membuka satu bisnes tetapi tiada alamat, tiada bangunan dan perlukan pendaftaran bagi nampak macam power sikit, anda boleh ambil alamat di sini dan bayar kepada syarikat tersebut parking nama office anda. Oh, mari kita fikir sejenak. Satu Syarikat Besar, ‘BROKER FOREX’ yang handle berjuta-juta trading dan investment tetapi hanya berdaftar dengan ALAMAT VIRTUAL OFFICE ? Adakah anda boleh terima hakikat ini ? Jika ada apa-apa terjadi kepada wang anda, siapa yang nak bertanggungjawab ? Di mana syarikat betul, bangunan betul dan siapa ownernya ?

gwgfx-scam-01

 

gwgfx-scam-02

Setelah melakukan penyemakan, lebih banyak nama-nama money game atau ‘BUCKET SHOP’ kononnya broker forex muncul berdaftar atas nama yang sama digunakan GWGFX, berkongsi office ? Office virtual ? Anda masih yakin untuk meleburkan duit bersama program-program begini ?

gwgfx-scam-06

gwgfx-scam-05

 

gwgfx-scam-04

 

gwgfx-scam-03

BAGAIMANA PROGRAM INI MUNCUL ?

Adakah anda tahu dengan kurang dari RM15 ribu sahaja, anda boleh memiliki kompeni sendiri kononnya forex broker, berdaftar dengan virtual office, website dan juga melanggan Metatrader MT4 hanyalah sekitar USD3K sebulan. Jadi anda rasa jika kononnya forex broker ini adalah forex broker yang sah? tidak terkawal oleh mana-mana Agensi Kerajaan yang Sah dan berprestige, order position anda tidak submit ke bank atau pasaran sebenar, adakah susah untuk cipta broker seperti ini ? Duit trader yang rugi juga masuk poket dan tidak dihantar ke Liquidity Provider. Rolling dalam server sahaja. Sebab itu kita boleh lihat forex broker yang TIDAK REGULATED, tidak dikawal selia, berdaftar di pulau-pulau sekitar afrika seperti Panama, Trinidad Tobago, Puerto Rico, Barbados, British Virgin Island, Bahamas dan banyak lagi pulau2 kecil yang tiada regulasi yang ketat tumbuh macam cendawan selepas hujan. Kebanyakan trend sekarang adalah broker yang ada pairing dan MLM. Makin lama makin banyak. Kebiasaan lepas program-program begini tutup, akan ada program baru yang akan menyusul.

gwgfx-scam-07

Saya ulang sekali lagi yang real forex broker, tidak buat MLM, dan tidak boleh mendapat keuntungan hanya daripada penajaan. Dilarang oleh Badan Regulated! Introducing Broker (IB) dari real broker mendapat komisen dari trading client, mengikut berapa nilai open position client, jika client tersebut deposit dan tidak melakukan trading, tidak akan mendapat apa-apa keuntungan kepada broker tersebut. Bagaimana dia nak bayar pairing anda? Bayar komisen anda? Bolehke ? Tak Logik ! Dari segi pembrokeran memang begini, tiadanya dia dapat keuntungan dari deposit, broker forex dapat keuntungan dari trading.

Jadi jika anda semak broker anda, tetapi ada BONUS PENJAAN, BONUS PAIRING dan BONUS RETURN ON INVESTMENT Fix atau tak fixed, cuba cek balik adakah broker tersebut berdaftar dengan badan2 regulated yang berprestige,seperti FCA UK atau NFA US dan saya PASTI CONFIRM TAK DAFTAR. Jika tak ? Anda tahulah broker anda itu memang skim yang berlindung di sebalik nama broker.

WANG ANDA SELAMAT ?

Mari saya tanya anda, jika suatu hari, anda bangun tidur, tetapi tiba-tiba website GWGFX tidak boleh buka, server dari Metatrader MT4 down, withdrawal tak clear walaupun sudah banyak hari delay, adakah anda ada tempat untuk mengadu ? Siapakah yang akan bertanggungjawab ? Tiada jawapan ? Kenapa? bukankah anda mendakwa GWGFX adakah REAL FOREX BROKER ? Bukankah ia broker yang paling terbaik yang menguruskan dana BERJUTA-JUTA. Real forex broker sepatutnya tertakluk kepada undang-undang yang kuat dan ada Compensation Fund jika company mempunyai masalah kegagalan. Siapa nak tanggungjawab kepada duit anda yang beribu-ribu yang telah dilaburkan ? Siapa nak jawab pada downline anda? Upline anda ? Owner? Siapa owner ? Jika terbaik kenapa lari dari UNDANG-UNDANG yang betul digariskan kepada BROKER FOREX?

SEBAB apa saya tanya? Kerana jika REAL FOREX BROKER berdaftar di Kesatuan Eropah, Europe Country dan terkandung di bawah akta dan Regulasi daripada Markets in Financial Instruments Directive (MIFID), jika terjadi apa-apa kepada forex broker atau fund anda, anda akan diberikan Compensation sehingga 20,000 Euros. Tetapi jika tidak berdaftar dan kononnya forex broker itu pun entah dari mana, apa akan jadi kepada wang anda? Tiada tempat mengadu ? Kasihan kepada yang gadai tanah, buat personal loan, ambil harta pusaka, saving anak-anak, apa terjadi kepada duit mereka ? Anda ingin KAYA dengan memerah keringat orang lain dengan ponzi scheme atau moneygame ini ? Sanggup anda teruskan ?

Seperti kita tahu, program-program ini sudah muncul sejak berzaman, Swisscash, Ebarrel,EAIndex, dan program yang bertopengkan broker, sudah muncul sebelum ini dan mungkin anda tidak tahu kerana anda baru melibatkan diri. Seperti GVF, RGCX, VGMC dan seumpamanya. Program sebelum ini yang dah tutup adalah sebijik dan sama ciri-cirinya.

CIRI-CIRI PONZI SCHEME, MONEYGAME BERLINDUNG DI BAWAH NAMA BROKER FOREX !

1. Ada fixed return income, return on investment. contoh seperti 10%-20% sebulan tanpa trading.
2. Ada pairing, levelling seperti MLM.
3. Taja dua orang, pairing akan dapat komisen walaupun orang itu hanya deposit sahaja tanpa trading.
4. Modal anda akan dilock separuh untuk ROI, modal anda tidak boleh withdraw.
5. Perlu sampai amount-amount tertentu untuk withdraw modal anda.
6. Program datang dari nama pulau2 sekitar Utara Amerika Selatan, Costa Rica, Puerto Rico, St Grenadines, Panama, Bahamas, dan sekitarnya.
7. Tidak regulated dibawah Regulated Besar seperti FCA UK atau NFA USA.
8. Ewallet duit trading, digalakkan dijual beli bersama upline/downline untuk penajaan.
9. Withdrawal anda tidak menunjukkan dihantar dari Luar negara secara Wire Transfer, tetapi hanya CASH DEPOSIT MACHINE.Maknanya ownernya di Malaysia.
10. Withdrawal memakan masa lebih dari 10 hari hari bekerja, tanda program tengah tunggu orang baru untuk join bayar anda.
11. Menggunakan VIRTUAL OFFICE. – Real forex broker tidak menggunakan VIRTUAL OFFICE. tapi ada Office sendiri.
12. Status owner atau CEO kabur – tiada siapa pernah jumpa CEO syarikat atau owner. Konon rahsia dari UPLINE.

Kenapa saya menulis Artikel ini ?

Kerana saya kasihan kepada Real Forex Trader, yang bertungkus lumus belajar tentang forex trading, teknikal analisis, fundamental analisis, trade di real broker yang betul, IB yang promote broker betul, promote real broker, dan lain-lain usaha untuk memantapkan dalam bidang forex business ini dipandang serong oleh ramai orang, kerana program-program skim cepat kaya, ponzi skim, moneygame rolling duit orang yang berlindung atas nama forex trader atau forex business yang tak beretika inilah, sedangkan Forex trader atau forex business adalah satu bidang professional di negara-negara luar seperti UK dan US. Share artikel ini untuk elakkan orang terjebak dan jelas siapa anda, Promoter SKIM ataupun anda ialah REAL FOREX TRADER !!!

Saya juga kasihan kepada yang buat personal loan, bergolok bergadai tanah, pakcik makcik di kampung yang dikaburkan tentang program ini adalah pelaburan, apa akan jadi jika program ini tiba-tiba hilang? Macam program-program sebelum-sebelum ini ? Siapa yang akan bertanggungjawab ?

Jadi jika anda caring, anda ambil tahu, share post artikel ini di Facebook anda.

Sabda Rasulullah ﷺ: “Katakan yang benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yg mencerca”
(HR.Al-Baihaqi)

 

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat