Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran? US Dolar Cuba Bangkit Menjelang Testimoni Powell!

552

Dolar US mengukuh sedikit pada hari Selasa, bangkit dari paras terendah dalam sebulan sebelum testimoni Pengerusi Fed Jerome Powell kepada Senat. Disisi lain, mata wang euro terus bertahan di tengah suasana politik Perancis yang tidak menentu.

Indeks US Dolar, yang mengukur mata wang US dolar berbanding  enam mata wang utama, didagangkan kukuh sebanyak 0.1% kepada 104.745, sedikit di atas paras terendah semalaman pada 104.622.

US Dolar telah sedikit mengukuh pada hari Selasa, namun masih berada dalam keadaan defensif selepas laporan pekerjaan yang lemah pada hari Jumaat dan menjelang dua hari testimoni Pengerusi Powell di hadapan Kongres, yang bermula lewat hari ini dengan Senat dan diikuti oleh Dewan Rakyat pada hari Rabu.

Keyakinan semakin meningkat bahawa Fed akan meluluskan pengurangan kadar faedah pertama dalam kitaran ini pada bulan September, dengan pedagang kini melihat kemungkinan sekitar 76% untuk pengurangan kadar tersebut, meningkat daripada 66% seminggu yang lalu, beradasarkan alat FedWatch CME Group (

Terdapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan kemungkinan kadar faedah AS minggu ini, dengan keluaran data inflasi pengguna utama pada hari Khamis.

Disisi lain mata wang Euro susut sedikit berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.0819, tidak jauh dari puncak hampir empat minggu pada hari Isnin pada 1.0845. Mata wang tunggal ini juga turun serendah 1.0791 pada hari yang sama dalam perdagangan yang tidak menentu.

Pedagang masih cuba mencerna implikasi pusingan kedua pilihan raya parlimen pada hari Ahad di Perancis, dengan negara tersebut kini menghadapi parlimen tergantung dan rundingan yang sukar untuk membentuk kerajaan.

Parlimen tergantung di Perancis mungkin menyulitkan penggubalan dasar, nyata S&P Global pada hari Isnin, memberi amaran bahawa lebih banyak hutang atau kemerosotan berterusan dalam pertumbuhan ekonomi boleh mencetuskan penurunan penarafan.

Agensi penarafan kredit telah menurunkan penarafan Perancis pada akhir bulan Mei.

Mata wang GBP pula didagangkan hampir tidak berubah pada 1.2805 berbanding US dolar, selepas mengukuh setinggi 1.2845 pada hari Isnin, yang terkukuh sejak 12 Jun.

Ahli penggubal dasar Bank of England Jonathan Haskel berkata pada hari itu beliau ingin mengekalkan kadar faedah kerana tekanan inflasi kekal dalam pasaran pekerjaan. Bank of England dijangka akan bertemu pada awal bulan Ogos.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat