Apa Yang Berlaku? EU Umum Pengharaman Tambahan 21 Syarikat Penerbangan Rusia!

439

Pada minggu lalu, Kesatuan Eropah (EU) telah berazam untuk mengusahakan pakej sekatan baharu terhadap Rusia yang berkemungkinan akan menyaksikan lebih banyak larangan akan dikenakan susulan tindakan terbaharunya di utara Ukraine.

Awalnya sekatan baharu itu hanya menumpukan pada cukai kapal terbang dan barangan import eksport seperti bahan api jet, produk keluli dan barangan mewah. Walaubagaiamnapun, EU tidak berhenti di situ, pihak berkuasa EU mula mensasarkan pasaran kripto sebgai langkah sekatan. Dalam peringkat baru sekatan, EU telah menyatakan bahawa mereka akan menyasarkan deposit yang dibuat kepada dompet kripto individu.

Pembukaan minggu ini, EU sekali lagi menyelar tindakan Rusia dengan menambahkan lagi tekanan terhadap Rusia tindakan terbaru. Suruhanjaya Eropah telah menambah 21 syarikat penerbangan Rusia ke dalam senarai syarikat penerbangan yang dilarang beroperasi di 27 negara Eropah kerana mereka tidak memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa, kata cabang eksekutif EU pada hari.

Menurut Pesuruhjaya Pengangkutan Adina Valean, “Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia sebelum ini telah membenarkan syarikat penerbangan Rusia mengendalikan ratusan pesawat luar tanpa sijil kelayakan udara yang sah,”

Lanjut beliau, perkara ini telah melanggar piawaian keselamatan antarabangsa dan dapat menimbulkan ancaman keselamatan.

Namun Valean menjelaskan bahawa keputusan untuk mengharamkan syarikat penerbangan yang diperakui di Rusia, termasuk Aeroflot, bukanlah satu lagi sekatan terhadap Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, tetapi langkah yang diambil hanya berdasarkan alasan teknikal dan keselamatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat