Apa Yang Berlaku, India Mula Ambil Langkah Menyekat Pelaburan Aset Kripto?

590

Pada tahun ini, perkembangan pasaran kripto di India dilihat terumbang ambing dengan ketiadaan hala tuju yang jelas daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan dilihat sedang bermain tarik tali antara mengikut jejak langkah China yang mengharamkan kripto secara keseluruhan atau mengawal selia pasaran.

Terkini India berpandangan bahawa pelaburan dana bersama (mutual fund) tidak sepatutnya berkaitan dengan aset kripto. Pengerusi Lembaga Sekuriti dan Bursa India (SEBI), Ajay Tyagi, dilaporkan menyatakan bahawa pihak berautoriti tidak mahu dana bersama domestik ini terlibat dengan kripto sehinggalah kerajaan menerbitkan undang-undang aset kripto.

Kenyataan ketua SEBI mengenai pelaburan dana bersama yang berkaitan dengan aset kripto dikeluarkan selepas Invesco Mutual Fund menangguhkan pelancaran dana blockchain kerana ketidakpastian peraturan.

Dimana sebelum ini, pengawal selia sekuriti negara meluluskan pelancaran dana blockchain untuk Invesco Mutual Fund. Pada ketika itu ia dijadualkan pembukaan langganan pada 24 November lalu. Dana itu akan menjadi tawaran pertama India untuk memberikan pendedahan kepada syarikat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam ruang blockchain/ pasaran kripto.

Setakat ini kerajaan India sememangnya menggalakkan teknologi blockchain diguna pakai namun tidak untuk tujuan ekonomi dan medium transaksi.

India pada tahun ini telah dua kali mengumumkan untuk memperkenalkan rang undang-undang kripto yang bertujuan untuk melarang semua aset kripto kecuali CBDC. Namun sejak akhir-akhir ini, nada tersebut tidak begitu jelas apabila kerajaan sedang mempertimbangkan alternatif lain.

Beberapa penggubal dasar percaya bahawa aset kripto boleh menjejaskan kestabilan makro-ekonomi dan kewangan India. Bank pusat India terus mengambil sikap agresif terhadap kripto.

Di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran kripto, Pemain pasaran India terus berkembang pesat. Berdasarkan laporan Chainalysis pada Oktober, pasaran kripto di India meningkat 641% dari Julai 2020 sehingga Jun 2021..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat