Apa Yang Berlaku Pada Euro? Swiss Franc Melonjak Ke Paras Tertinggi 4 Bulan Berbanding Euro!

393

Matawang Franc Switzerland mengukuh pada hari Rabu ke paras tertinggi berbanding Euro dalam tempoh empat bulan apabila kebimbangan terhadap kebarangkalian kemelesetan ekonomi semakin meningkat di zon Eropah menyebabkan para pelabur mencari safe haven seperti matawang Swiss Franc.

Swiss franc melonjak 0.6% berbanding matawang euro kepada 1.0005 selepas mencecah paras tertinggi 0.9993 berbanding mata wang tunggal itu sejak Mac.

Ramalan bahawa zon eropah berkemungkin terjatuh ke dalam kancah kemelesetan di tengah-tengah isu keselamatan tenaga yang dicetuskan oleh perang di Ukraine telah mendorong para pelabur beralih kepada franc Swiss.

Menurut, Jane Foley, ketua strategi FX di Rabobank di London, ‘ negara Switzerland kurang terdedah kepada import bahan api fosil Rusia dan ini seharusnya mengukuhkan risiko aliran selamat atas kebimbangan pertumbuhan zon eropah’. “Pada masa yang sama, spekulasi telah muncul berikutan inflasi yang lebih tinggi. Disisi yang berbeza Bank Negara Switzerland berkemungkinan kecil untuk campur tangan dalam menghalang pengukuhan franc”.

Franc Switzerland juga mengukuh 0.6% berbanding US dolar kepada 0.9511, mencecah paras tertingginya berbanding dolar AS sejak April.

Euro mengurangkan beberapa penurunan sebelum ini selepas data menunjukkan inflasi 12 bulan Sepanyol telah meningkat kepada 10.2% pada bulan Jun, meningkat daripada 8.7% pada Mei dan melepasi 10% buat kali pertama sejak April 1985.

Lanjut Foley, “Jelas sekali kekuatan data inflasi IHP Sepanyol telah membatalkan tekanan ke atas euro,” Ini dilihat sebagai indikasi lebih jelas sikap hawkish yang bakal diambil oleh ECB.

Pelabur sedang memerhatikan panel di Forum ECB di Sintra, Portugal, dengan tiga jurubank pusat utama berucap. Presiden ECB Christine Lagarde, Pengerusi Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell dan Gabenor Bank of England Andrew Bailey telah memulakan ucapan pada jam 9 p.m sebentar tadi.

ECB dijangka secara meluas akan menaikkan kadar faedah pada bulan Julai buat kali pertama dalam sedekad sejajar dengan negara-negara ekonomi besar yang lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat