Apa Yang Berlaku, Ramai Pelabur Pilih Untuk ‘Pump’ DOGE Ditengah Pemulihan Pasaran?

795

Di tengah pemulihan pasaran kripto, para pelabur turut memberi perhatian pada token kripto meme terutamanya pada Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) yang mennjadi peneraju token meme. Data menunjukkan lonjakan yang besar bagi DOGE dan SHIB dimana ia disokong oleh beberapa transaksi oleh kelompok ‘Whale’.

Menurut Santiment, kebanyakan altcoin mencatatkan lonjakan besar dalam nilai pasaran pada bulan Julai. Berdasarkan pengamatan mereka terdapat peningkatan besar yang didaftarkan dalam urus niaga ‘Whale’ yang bernilai $100K. Tambah mereka, DOGE adalah salah satu daripada token yang membawa transaksi besar dalam rangkaian.

Dompet MyDoge melaporkan bahawa lebih daripada 80K transaksi Dogecoin telah direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Terdahulu, pengasas DOGE menekankan bahawa lonjakan besar dalam jumlah transaksi mencecah sekitar 70,000. Dengan ini ia menunjukkan lonjakan sebanyak 59.49% sepanjang minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Dogecoin Whale Alert menegaskan bahawa Robinhood mungkin telah memindahkan sekitar 3.2 bilion DOGE (bernilai lebih kurang $218 juta) ke simpanan.

Harga Dogecoin telah melonjak lebih 13% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia didagangkan pada purata $0.073, semasa penulisan. Walau bagaimanapun, jumlah dagangan 24 jam DOGE telah meningkat lebih daripada 62% kepada $904 juta. Harga DOGE telah melonjak lebih 22% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Jumlah modal pasarannya kini berjumlah $9.89 bilion.

Sementara itu, penjejak ikan paus mendapati bahawa DOGE berada dalam senarai kontrak pintar yang paling banyak digunakan dalam kalangan 1000 ‘Whale’ BSC teratas sejak 24 jam yang lalu. Walau bagaimanapun, 100 ‘Whale’ hanya memegang Dogecoin bernilai $10.6 juta bersama mereka.

 

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat