Apa Yang Berlaku? SEC Buka Kertas Siasatan Ke Atas Binance U.S

756

Binance sekali lagi menjadi subjek penilitian kawal selia kerajaan. Laporan ini menunjukkan bahawa Binance U.S yang berpangkalan di Amerika Syarikat dihadapkan tuntutan siasatan oleh SEC. SEC sedang menyiasat hubungan Binance U.S dengan dua firma perdagangan lain yang bertindak sebagai ‘market makers’ ( iaitu komponen yang membekalkan kecairan apabila diperlukan).

Berdasarkan laporan yang dinyatakan WSJ, sumber rapat memaklumkan bahawa isu itu berlaku adalah disebabkan SEC khuatir akan pendedahan bursa pertukaran kripto (Binance) mengenai hubungannya dengan firma perdagangan lain kepada pelanggan.

Berdasarkan penelitian didapati kedua-dua firma iaitu, Sigma Chain AG dan Merit Peak Ltd., dimiliki oleh pengasas Binance, Changpeng Zhao. Siasatan SEC sedang mengkaji sama ada firma perdagangan mendapat layanan istimewa (keutamaan) sebagai ‘market maker’ yang berdagangn mata wang kripto di bursa. Laman web Binance.US menerangkan bahawa ‘market maker’ boleh berdagang di platform mereka.

Waima begitu, jurucakap Binance.US menjelaskan bahawa tidak ada salah laku dalam membenarkan ‘market maker’ untuk berdagang di bursa kewangan tradition dan juga kripto. Ia bertindak sebagai komponen yang memastikan kecairan dan secara langsung menyokong pasaran yang sihat, cergas dan cekap untuk manfaat pengguna akhir, kata jurucakap tersebut.

Binance sebelum ini telah pernah di hujat apabila pada tahun lepas, Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) membuka penyiasatan terhadap Binance kerana bimbang perdagangan derivatif yang ditawarkan menyalahi undang-undang.

Tindakan penguatkuasaan SEC terus berhadapan kritikan oleh pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, SEC terus berusaha sedaya upaya dalam mengawal selia pasaran kripto. Dalam tindakan penguatkuasaan minggu lalu, platform pinjaman crypto, BlockFi, mencapai persetujuan untuk membayar $100 juta sebagai penyelesaian kepada SEC dan pengawal selia negera yang lain.

SEC juga meletakkan sasarannya pada platform dan pertukaran pinjaman kripto lain termasuk Gemini, dan Celcius.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat