Apa Yang Berlaku, Tiba-Tiba Ramai Trader ‘Pump’ DOGE?

1,291

Harga Dogecoin (DOGE) mula bangkit daripada paras terendah sebulan pada hari Isnin berikutan terdapat laporan bahawa Twitter berkemungkinan menerima tawaran Elon Musk seawal hari Isnin.

Token memecoin terbesar berdasarkan modal pasaran meningkat 10% daripada paras terendah harian dalam beberapa minit kerana beberapa laporan mengatakan syarikat media sosial tersebut boleh menerima tawaran $43 bilion daripada Elon Musk.

Seperti yang sedia maklum, DOGE cenderung untuk bertindak balas secara positif terhadap sebarang berita mengenai CEO Tesla itu. Baru-baru ini beliau mendedahkan bahawa beliau mempunyai pegangan yang besar dalam token tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa pemerolehan Twitter dilihat satu sentimen yang positif untuk DOGE memandangkan Musk berminat untuk mengintegrasikan DOGE ke dalam platform tersebut.

Selepas Musk berjaya memperoleh 9.2% pemilikan saham asal Twitter pada bulan ini, Musk telah mencadangkan idea untuk memperkenalkan perkhidmatan langganan bulanan untuk laman web tersebut. Musk mencadangkan pilihan pembayaran perkhidmatan dalam DOGE.

Musk juga mencadangkan ciri yang membolehkan pengguna Twitter memberi tip dalam DOGE. Laman media sosial pada ketika ini telah membenarkan pengguna memberi tip dalam Ethereum.

Bukan itu sahaja, Musk juga telah mengemukakan rancangan besar untuk Twitter, selain daripada menambah sokongan DOGE. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla berhasrat untuk mengambil syarikat itu secara peribadi, dan mengubahnya menjadi platform global yang membolehkan orang ramai bersuara secara bebas.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat