Apa Yang Menyebabkan USD Makin Kukuh?

948

US dolar meneruskan pengukuhan pada dagangan awal minggu, mengikuti peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS dan jangkaan terhadap lebih banyak rangsangan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi terbesar di dunia itu.

Presiden terpilih Joe Biden yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari dengan Demokrat dapat menguasai kedua-dua dewan Kongres, telah berjanji untuk melaksanakan rangsangan bernilai trilion dolar untuk memerangi kesan pandemik.

Susulan itu, para penganalisis meningkatkan unjuran mereka terhadap ekonomi Amerika Syarikat lebih tinggi pada tahun 2021 dan 2022.

Hal ini telah mendorong penanda aras hasil bon 10 tahun AS melonjak kepada 1.119% pada sesi Asia hari ini, dan memacu lonjakan US dolar ke paras tertinggi 1 bulan berbanding yen Jepun.

Terdahulu, penerbitan laporan pekerjaan NFP yang lebih lemah daripada jangkaan gagal menggoyahkan US dolar untuk terus menguat berbanding kebanyakan matawang utama pada dagangan hujung minggu.

Pasaran ekuiti turut mengabaikan laporan NFP yang lemah dan memaparkan prestasi memberangsangkan berikutan jangkaan peningkatan pertumbuhan ekonomi AS.

Namun, para pelabur turut mengawasi keadaan politik AS susulan tekanan yang meningkat ke atas Presiden Donald Trump oleh para penggubal dasar untuk memecat beliau.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand masing-masing jatuh ke paras terendah satu minggu berikutan pengukuhan dolar greenback. Lonjakan paling tinggi dalam 6 bulan jualan runcit Australia malangnya gagal mempengaruhi dolar Aussie.

Matawang Eropah, euro dan pound sterling pula susut lebih rendah ke paras terendah 2 minggu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat