Apa Yang ‘Oil Trader’ Perlu Tahu Hari Ini? Baca Sini

588

Dagangan komoditi hitam dibuka tinggi hari ini dengan mencatatkan peningkatan lebih 2% di tengah-tengah peningkatan sentimen untuk aset berisiko selepas kemenangan Joe Biden sebagai presiden baru Amerika Syarikat diumumkan.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 2.7% pada $40.54 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 2.9% pada $38.22 setong.

Harga minyak pulih daripada kemerosotan 4% yang dicatatkan pada hari Jumaat, meningkat bersama dengan pasaran kewangan lain setelah Biden diumumkan sebagai presiden AS yang ke-46 pada hujung minggu.

Dengan jangkaan bahawa Republikan akan terus memiliki majoriti dalam Senat, usaha Biden untuk mengubah polisi seperti menaikkan cukai mungkin akan lebih sukar. Namun, harapan terhadap rangsangan lebih besar masih ada dan perang perdagangan pula dijangka mungkin berkurangan.

Sementara itu, ketika kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan yang tinggi untuk empat hari berturut-turut, Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan memperkenalkan barisan pasukan petugas coronavirusnya pada hari ini.

Dalam pada itu, peningkatan pengeluaran minyak di Libya kepada lebih 1 juta ting sehari, mungkin akan menjejaskan pergerakan harga minyak daripada naik lebih tinggi berikutan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar yang terus membelenggu pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat