Apa Yang Tak Kena Dengan Pound Sampai Junam Teruk?

350

Mata wang pound junam mendadak walaupun selepas Bank of England (BOE) melaksanakan kenaikan kadar faedah yang lebih besar pada mesyuarat polisi terbarunya.

BOE seperti dijangkakan secara meluas telah meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas yang membawanya ke paras tertinggi 14 tahun sebanyak 3%.

Walaupun begitu, pound gagal meningkat susulan keputusan tersebut sebaliknya terjun lebih parah menyambung kerugian yang dicatatkan selepas mesyuarat FOMC.

Kejatuhan ini berlaku ekoran kenyataan susulan BOE bahawa UK sedang bergelut dengan peningkatan mendadak dalam kos tenaga dan hutang, menyebabkan ekonomi menyusut pada 2023 dan 2024.

Para penggubal dasar kini meramalkan ekonomi Britain akan menguncup sebanyak 1% pada 2024 berbanding jangkaan awal sebelum ini untuk berkembang 0.25%.

Sementara itu, pengukuhan US dolar turut membantutkan pergerakan pound, menyaksikan raja mata wang itu terus meningkat lebih tinggi yang masih disokong oleh kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan kukuh pada 112.80 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pelabur kini menumpukan perhatian kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini yang pastinya akan memacu arah pergerakan US dolar seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat