Apa Yang Terjadi, Binance Mahu Menarik Kembali Permohonan Permit Kripto Di Singapura?

1,515

Sebelum ini bursa perdagangan kripto terbesar, Binance telah menghantar permohonan untuk menyediakan perkhidamatan secarah sah di Singapura. Walaubagaimanapun, selepas suatu jangka waktu, Binance masih belum mendapat kelulusan dan hal ini berkemungkinan pihak mereka tidak akan meneruskan operasi di Singapura. Binance dilaporkan sedang merancang untuk mengembangkan perniagaan di negara lain.

Berdasarkan laporan, Binance telah memberikan indikasi awal bahawa mereka mempunyai perancangan untuk menarik kembali permohonan terhadap Badan Kewangan Singapura (MAS). Tambahan pula, penarikan balik akan bergantung kepada sama ada pihak kawal selia memperimbangkan untuk mengubah pendirian mereka atau tidak. Binance dijangka akan mengisytiharkan keputusan muktamadnya menjelang tahun hadapan.

Disisi yang berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao enggan untuk mengulas mengenai status permohonan lesen untuk operasi Binance di Singapura. Zhao hanya mengatakan bahawa ia masih dalam proses dan mengatakan Binance akan membenarikan operasi di negara yang mesra kripto.

Walaupun keputusan bursa baru-baru ini untuk menjadi syarikat yang bertoleransi dengan pengawal selia dan lebih terpusat. Binance tidak berhasrat untuk menyerahkan sepenuhnya kepada sekatan kawal selia yang tidak rasional. CZ berhujah bahawa pengurangan risiko adalah penting untuk perlindungan pengguna namun ia mestilah dikendalikan oleh mereka yang mesra terhadap perkembangan kripto kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan yang inovatif dan ekonomi.

Pihak berkuasa Singapura menggunakan setakat ini mengambil pendekatan yang pro-kripto sambil mengekalkan pengawasan . Walau bagaimanapun, negara masih perlu meluluskan permohonan gergasi pertukaran crypto untuk membolehkan Binance menyediakan perkhidmatan secara sah di kawasan tersebut.

Pada bulan lalu, Binance dan Coinbase masih bergelut untuk mendapatkan kelulusa, waima dalam masa yang sama terdapat laporan bahawa MAS telah mendedahkan bahawa separuh daripada syarikat yang memohon permit telah mendapat kelulusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat