Apa Yang Terjadi Dengan Deutsche Bank – 18 000 Pekerja Akan Dikurangkan!

707

Pada tahun 2001 saham Deutsche Bank diapungkan di dalam Bursa New York, memposisikan sebagai pemain utama bukan sahaja di Wall Street tetapi juga dalam arena perbankan global.

Walaubagaimanapun apabila berlakunya krisis kewangan global tahun 2008, bank terbesar Jerman “Deutsche Bank” ini telah berhadapan dengan pelbagai masalah dan kejatuhan harga sahamnya hampir 83% sejak tahun itu daripada 78.6 USD kepada 7.49USD pada ketika ini.

Pada hari ini, saham Deutsche Bank didagangkan lebih rendah iaitu merosot sebanyak 4.8% berikutan para pelabur skeptikal dengan pelan penstrukturan bank tersebut.

Langkah pelan pengurangan Deutsche Bank sebanyak 18,000 pekerja akan menyebabkan ramai pasukan Deutsche Bank bagi operasi Asia bakal kehilangan pekerjaan mulai hari ini.

Bank Jerman tersebut mengumumkan permulaan penstrukturan semula di Eropah pada hari Ahad. Rancangan penstrukturan semula bakal menelan kos 7.4 bilion euro. Pelan tersebut akan membahagikan perniagaan ekuiti global dan mengurankan operasi pendapatan tetap bank tersebut.

Pengurangan pekerjaan tersebut akan melibatkan seluruh cawangan Deutsche Bank tanpa menyatakan butiran geografi secara rinci. Walaubagaimanapun kebanyakkan pekerja di Eropah, Amerika Syarikat dan Hong Kong akan paling terkesan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat