Apa Yang Terjadi, Eropah Bakal Berhadapan Dengan Kemelesetan Ekonomi?

6,739

Seperti yang sedia maklum bahawa kebanyakkan negara terutama di Eropah terpalit terhadap impak konflik geopolitik antara Ukraine dan Rusia. Rentetan ini beberapa sektor mula berhadapa dengan cabaran termasuk dalam harga minyak.

Mengambil kira pelbagai faktor terkini, agensi penarafan kredit S&P Global memutuskan untuk mengurangkan unjuran pertumbuhan zon Eropah pada tahun kepada 3.3% daripada 4.4% iaitu angka yang dipersetujui sebelumnya. Ini adalah kerana harga minyak telah melambung lebih tinggi berikutan oleh perang Rusia-Ukraine yang menjejaskan perbelanjaan isi rumah.

S&P dalam laporan tersebut menyatakan bahawa pihak mereka tidak menjangkakan kemelesetan ekonomi untuk satu tahun penuh, sebaliknya penurunan pertumbuhan KDNK kepada 3.3% tahun ini berbanding 4.4% sebelum ini.

Negara-negara Eropah yang berjiranan dengan Rusia dan Ukraine memiliki kebarangkalian yang tinggi untuk terkesan kerana eropah adalah paling terdedah kepada krisis itu.

Kata S&P, ketidakpastian yang tinggi di negara kejiranan kemudian ditambah dengan risiko penurunan dalam pertumbuhan ekonomi tahun dan kenaikkan inflasi akan menjadi sesuatu yang dipertimbangkan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat