Apa Yang Terjadi Kepada Matawang Sesi Ini Apabila Data Pembuatan AS dikeluarkan Positif?

46

US Dollar meneruskan momentum dipuncak tertinggi berbanding matawang lain berikutan data positif dari aktiviti pembuatan AS.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback dinilai pada 98.76.

Pengukuhan data pembuatan AS mendorong peningkatan hasil bon di Amerika Syarikat dan lonjakan US Dollar.

Selain itu, kenyataan daripada Presiden Fed Chicago, Charles Evans juga telah mendorong peningkatan matawang gergasi yang mengatakan bahawa Fed boleh menaikkan kadar sebanyak 3 kali. Kenaikan ini boleh disaksikan dalam jangka masa tredekat sehingga tahun 2017, selagi jangkaan inflasi dan pasaran buruh bertambah baik.

Sebelum ini, Presiden Fed San Francisco, John Williams dan Presiden Fed New York, William Dudley juga membayangkan keadaan sama apabila kedua-dua mereka turut menjangkakan kenaikan kadar dalam masa terdekat.

Sementara itu, matawang Euro terus dinilai menyusut. Hal ini berikutan Bank Pusat Eropah yang mengumumkan bahawa lebih banyak rangsangan akan diadakan pada bulan Disember.

US Dollar juga dikatakan mempunyai kelebihan berbanding yen.

Di tempat lain, Dollar kanada mula memulih dari kejatuhan terendah dalam tempoh 7 bulan pada Isnin.

 

Twitter Bakal dijual? Kenapa? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat