Apa Yang Terjadi? Matic Terus Mengaum Di Tengah Kekhuatiran Pasaran

1,429

Pada penutupan pasaran minggu ini tampaknya menyaksikan pergerakan harga kripto yang sedikit membimbangkan apabila Bitcoin (BTC) tidak dapat memembusi paras halangan. Ini mendorong kebanyakan aset kripto menunjukkan pergerakan harga yang kurang memberangsangkan.

Namun hal yang sebaliknya berlaku pada kripto  Polygon (Matic) ini yang menunjukkan corak pertumbuhan harga yang garang menghasilkan lebih daripada 20% lonjakan hampir mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa Matic telah membuat beberapa pengumuman yang merangsang pasaran iaitu pengumuman IDEX,pelancaran NFT,peningkatan minat pelabur institusi dan peningkatan pengguna aktif Polygon dan wallet. Tampaknya ia tidak berhenti disitiu, pihak Matic masih membuat kejutan sehingga harganya naik dari nilai dagangan rendah harian kepada $2.4.

Polygon telah memperkenalkan open-source javascript baharu untuk berinteraksi dengan jambatannya sendiri. Tidak lama selepas pengumuman itu disiarkan secara langsung, token asal protokol melonjak dua digit kepada paras tertinggi enam bulan.

Pengumuman itu memaklumkan bahawa open-source javascript akan menyediakan API untuk deposit, pengeluaran dan jenis pemindahan lain pada rangkaian Polygon. Ini merupakan versi terkini iaitu V3 ang beroperasi sebagai “peningkatan menyeluruh berbanding pendahulunya,” unruk digunakan dalam pelbagai aplikasi. Ia bertujuan untuk membantu pembangun dalam mencipta dan menggunakan aplikasi dengan lancar sambil memastikan ia dapat menyokong ekosistem yang berbeza.

Beberapa ciri yang dipertingkatkan termasuk sokongan untuk token asli Ethereum dimana ia adalah erkembangan terbaru yang datang daripada penyelesaian Ethereum L2. Harga Matic melonjak lebih daripada 20% dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman ini dan telah meningkat sebanyak 60% sejak 28 November.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat