Apa Yang Terjadi? Pelombong & Pelabur Kripto Jadi Sasaran Kerajaan India!

513

Kerajaan India bukan sahaja mengenakan tindakan keras terhadap pemain pasaran kripto dengan mengenakan cukai 30% ke atas pendapatan mata wang kripto namun terkini pihak pentadbiran menawarkan lagi kejutan kepada pemain pasaran kripto.

Dalam menjawab pertanyaan, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa kerugian yang ditanggung daripada perdagangan dalam satu jenis token atau matawang kripto tidak boleh ditolak daripada keuntungan token/matawang kripto lain. Kementerian juga menjelaskan kos pembinaan infrastruktur perlombongan tidak layak untuk ditolak sebagai kos pemerolehan.

India kini masih berada dalam carta yang teratas dalam penggunaan besar-besaran dalam kripto. Golongan muda telah menjadi sebahagian besar yang menyumbang ke arah ini. Namun begitu, kerajaan India telah mengambil langkah-langkah yang keras pada satu masa sebagai ikhtiar untuk melindungi para pelabur daripada penipuan dan aktiviti haram.

Pankaj Chaudhary, Menteri Kewangan memaklumkan bahawa pada ketika ini matawang kripto masih tidak dikawal di India. Mengenai pengenaan cukai, berdasarkan peruntukan seksyen 115BBH yang dicadangkan kepada Akta Cukai Pendapatan, 1961, kerugian daripada pemindahan matawang kripto tidak akan dibenarkan ditolak daripada pendapatan yang timbul daripada pemindahan VDA lain.

Seksyen ini juga menyatakan sebarang pendapatan daripada pemindahan VDA akan dikenakan cukai pada kadar 30%. Mengenai pelombong kripto, berdasarkan seksyen 115BBH yang dicadangkan, kos infrastruktur yang ditanggung dalam perlombongan VDA (matawang kripto) tidak akan dianggap sebagai kos pemerolehan kerana kos yang sama adalah dalam bentuk perbelanjaan modal yang tidak dibenarkan sebagai potongan mengikut peruntukan Akta tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat