APA YANG TRADER SEMUA PERLU TAHU SEBELUM NEWS NFP MALAM INI

1,465

Data pekerjaan Non-Farm Payrolls (NFP) yang akan dikeluarkan oleh Biro Statistik Tenaga Kerja di Amerika Syarikat menjadi tumpuan pasaran malam ini di mana akan menjadi petunjuk awal terhadap aktiviti ekonomi secara keseluruhan sekaligus turut dilihat sebagai salah satu komponen oleh bank pusat FED terhadap kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Data pekerjaan ADP yang dikeluarkan semalam menunjukkan jangkaan pertambahan bilangan pekerja swasta lebih rendah iaitu 195,000 orang daripada data sebelum ini pada 225,000 orang. Namun, data yang dikeluarkan menunjukkan bacaan angka yang lebih rendah iaitu hanya bertambah sebanyak 179,000 orang sahaja.

Dengan ini telah membuatkan matawang dollar USD terus mengalami kejatuhan nilai dan memberi bayangan berkemungkinan data pekerjaan NFP pada malam ini turut mencatatkan penurunan pada angka bacaan. Secara statistik, data pekerjaan NFP sebelum ini mencatatkan pertambahan 250,000 orang pekerjaan untuk bulan Oktober dan jangkaan pasaran untuk jumlah pertambahan kali ini sedikit menurun kepada 198,000 orang. Sementara itu, data kadar pengangguran di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada masa yang sama dijangka kekal tidak berubah iaitu pada kadar 3.7%.

Selain itu juga, matawang dollar CAD turut akan menjadi perhatian para pelabur ekoran data pekerjaan di Kanada yang turut dikeluarkan bersama data pekerjaan NFP Amerika Syarikat. Perubahan pada bilangan pekerja mencatatkan pertambahan 11,200 orang untuk bulan Oktober dan pasaran menjangkakan data kali ini sedikit menurun kepada 10,500 orang pertambahan pekerja baru.

Jika data yang dikeluarkan pada malam ini mencatatkan angka yang lebih rendah dari jangkaan, matawang Loonie dijangka akan terus didagangkan merosot dengan pelbagai lagi faktor-faktor lain yang turut tidak memihak kepada dollar CAD. Manakala kadar pengangguran di Kanada dijangka akan kekal di paras 5.8% seperti bacaan bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat