Apakah Akan Terjadi Pada Hubungan Perdagangan AS-EU Jika Trump Menang?

360

Pesuruhjaya Eropah Valdis Dombrovskis pada hari Jumaat menyatakan bahawa pihak Eropah lebih senang berurusan dengan dengan Joe Biden yang merupakan pencabar kepada presiden Donald Trump.

EU kini masih berhadapan dengan tarif yang dikenakan oleh A.S terhadap barangan keluli dan aluminium. Dalam masa yang sama EU juga mempunyai konflik dengan AS mengenai isu subisidi pesawat dan rancangan EU untuk mengenakan cukai kepada syarikat perkhidmatan digital. Kedua-dua belah pihak tersebut juga mempunyai pendangan yang berbeza mengenai nilai perdagangan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Dombrovskis telah memberi komen tentang persiapan yang akan dibuat oleh EU menjelang pilihan raya presiden pada 3 November nanti. Beliau memberitahu penggubal undang-undang bahawa EU mahukan hubungan transatlantik yang kukuh dan akan bekerjasama dengan Washington walau apapun hasilnya.

Namun beliau menjangkakan bahawa di bawah pentadbiran baru berkemungkinan akan lebih mudah kerana di bawah rundingan Trump rundingan perdagangan mempunyai lebih banyak cabaran.

Mengenai subsidi pesawat, Dombrovskis mengatakan bahawa, jika tidak ada kesepakatan, EU akan mengenakan tarif yang berkaitan dengan Boeing setelah WTO memutuskan saiz ganti rugi.

Kenyataan Dombrovskis dikeluarkan dalam ucapan beliau dalam sidang di Parlimen Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat