Apakah Amazon Akan Mengumumkan Penggunaan Bitcoin Hari Ini?

84

Pada hari Selasa yang lalu, akhbar daripada German (Die Welt) mengeluarkan spekulasi bahawa Amazon akan mula mengumumkan inovasi mereka berkaitan bitcoin pada hari Khamis.

Akhbar ini mengatakan terdapat khabar angin daripada sumber fintech (teknologi kewangan) Silicon Valley yang mengatakan mendapat petunjuk daripada pelabur James Altucher bahawa syarikat gergasi ini akan mula menggunakan Bitcoin sebagai salah satu kaedah pembayaran.

James Altucher adalah pengasas lebih 20 buah syarikat dan pernah menulis 11 buah buku serat terlibat dalam beberapa penerbitan utama. Beliau juga merupakan bekas pengurus dana pelaburan yang beralih arah menjadi aktivitis blogger dan menawarkan langganan berasaskan email.

Akhbar Die Welt turut menulis, “Walaupun tarikh 26 Oktober bukanlah muktamad, namun pengenalan kepada Bitcoin ini dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi”.

Walau bagaimanapun jurucakap Amazon hanya menjawab khabar angin ini secara generik.

Pilihan Amazon untuk memasukkan produk atau perkhidmatan baru hanya berlaku sekiranya ia berguna kepada pelanggan kami, sebelum hal ini berlaku, kami tidak akan melibatkan diri dalam sebarang spekulasi yang dicetuskan.

Syarikat Amazon telah berhadapan dengan pelbagai khabar angin berkaitan hubungan mereka dengan Bitcoin sejak Overstock menjadi perintis dalam matawang maya sejak tahun 2013.

Beberapa operasi syarikat yang bersaiz sederhana telah terlibat dalam penggunaan Bitcoin ini namun penyertaan Amazon sebagai satu syarikat gergasi dunia akan memberi kesan yang lebih besar terhadap matawang crypto ini.

Beberapa perkhidmatan online telah pun menawarkan pembelian Bitcoin menerusi laman website mereka bagi mendapatkan kad-kad hadiah (gift cards) seperti Gyft. Gift Card adalah pembelian kupon yang disediakan oleh syarikat tertentu termasuk Amazon, dan boleh digunakan secara offline mahupun online mengikut terma dan syarat syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat