Apakah Hala Tuju Yang Sebenar Bagi GBP/USD?

349

Carta pergerakan harga GBP/USD dilihat sekali lagi mengekalkan penyusutan di dagangan awal minggu meskipun harga berjaya memapar aksi dalam mengatasi trendline resistance untuk isyarat trend bullish.

Namun trend harga masih didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) sehingga harga telah mula memberi reaksi untuk melepasi zon sokongan pada 1.34000 ketika penghujung sesi.

Pembukaan dagangan di sesi Asia hari ini (Selasa) juga menyaksikan pergerakan harga kekal bergerak di bawah zon sokongan itu dan seperti optimis untuk harga kembali cecah paras terendah sekitar 1.33530.

Matawang Pound yang masih terpalit terhadap kebimbangan mengenai pasca Brexit dan turut terima implikasi negatif daripada lonjakan kes Covid-19 yang memberi kesan kepada nilai Pound untuk lemah.

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang mencalonkan Jerome Powell sebagai Presiden Federal Reserve (Fed) bagi penggal kedua juga serba sedikit akan pengaruhi pergerakan matawang USD.

Yakni yang mana langkah tersebut akan mampu menstalbilkan pelaksanaan ekonomi lebih jelas seperti direncanakan sebelum ini iaitu untuk melaksanakan pengetatan dasar polisi dalam masa yang terdekat.

Paras terendah sejak Disember 2020 yang dicapai sekitar 1.33530 kebarangkalian bakal menjadi paras tumpuan utama yang akan dicecah terlebih dahulu sebelum harga terus mempersembahkan terjunan.

Terjunan yang lebih dahsyat pula akan melihat pergerakan harga pada carta GBP/USD untuk menuju ke zon sokongan seterusnya pada 1.33000 dan sama sekali bakal mencatat paras terendah yang terbaharu.

Manakala zon SBR (support become resistance) 1.35000 masih kekal menjadi zon tumpuan dan terawal untuk digapai andai kata harga berupaya untuk melakukan pendakian semula seperti pada sebelum ini.

Pendakian yang jelas untuk pergerakan harga mencapai puncak ketinggian akan memperlihatkan harga menguji zon SBR berikutnya 1.36000 dan dijangka berdaya untuk menuju paras harga yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat