Apakah Ini Respon ATA Malaysia Berkenaan Isu Buruh Paksa?

990

Jaga-jaga ATA sudah mulakan siasatan.

ATA IMS Bhd, syarikat pembekal Dyson, memandang serius berkenaan dakwaan amalan buruh paksa dan tuntutan penderaan fizikal terhadap bekas pekerjanya yang dilaporkan dalam ringkasan audit yang diterima daripada pembuat perkakas rumah itu.

Terdahulu, pihak Dyson telah menamatkan hubungannya dengan ATA atas dakwaan amalan buruh paksa.

Syarikat tersebut menyatakan sejurus sahaja dimaklumkan mengenai audit Dyson tersebut, ATA segera melantik firma perundingan untuk menyemak dan mengesahkan penemuan serta mengambil sebarang langkah pemulihan yang diperlukan namun mereka tidak memperincikan siapa yang diupahnya.

ATA turut melantik firma undang-undang di Malaysia bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan penderaan fizikal oleh bekas pekerjanya dan laporan terperinci serta penemuan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, saham ATA menyusut teruk sebanyak 36.6% pada Jumaat dan kehilangan lebih dari separuh nilai mereka sejak isu dakwaan tersebut tersebar.

Penganalisis meramalkan kerugian selama-bertahun-tahun di ATA dan syarikat itu bakal menghadapi cabaran besar dalam mendapatkan pelanggan baharu ekoran reputasinya yang telah terjejas selain krisis kekurangan buruh yang berterusan.

Nota AmInvestment menyatakan kesan penuh pengeluaran Dyson dijangka pada tahun kewangan 2023 yang akan ‘memberi kesan teruk’ kepada pendapatan ATA pada tahun itu dan seterusnya.

Dyson telah menyumbang kepada sekitar 80% hasil ATA dan ATA mungkin mempunyai masa yang cukup untuk menggantikan beberapa pesanannya yang hilang dengan pelanggan sedia ada yang lain.

Seorang penganalisis lagi meramalkan kerugian 2 ke 3 tahun dan berkata ATA mungkin menghadapi ‘banyak halangan’ dalam meningkatkan pengeluaran untuk pelanggan lain memandangkan dakwaan itu.

Sementara itu, persaing ATA, SKP Resource dan VS Industry boleh mendapat manfaat daripada penarikan Dyson daripada ATA itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat