Apakah Kesan Covid-19 Akan Menyebabkan UK Mengubah Tarikh Akhir Perjanjian?

331

UK telah memberitahu Kesatuan Eropah pada hari Selasa untuk mempercepatkan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas Brexit.

Dalam masa yang sama menteri UK, Penny Mordaunt telah mengeluarkan pandangan mengenai perjanjian perdagangan antara UK dan Brexit. Menurut beliau, Kerajaan UK tidak akan memperpanjangkan tempoh peralihan Brexit pada hari Jumaat ini.

Beliau bersama dengan Michael Gove telah menekankan isu ini dalam Dewan Rakyat bahawa UK tidak akan memperpanjangkan masa peralihan pada hari Jumaat dimana pihak UK akan berbincang dengan rakan sejawat EU mengenai hal Brexit pada hari tersebut.

Kenyataan ini telah mendapat tentangan daripada beberapa anggota parlimen seperti Pete Wishart bahawa tindakan ini akan tambah membebankan mereka yang terkesan dengan Covid-19 dan ia akan membawa bencana ekonomi.

Disisi lain bekas setiausaha persekitaran Theresa Villiers juga menyatakan pandangan yang senada bahawa pemerintah UK dijangka tidak akan mengubah apa-apa pendirian mereka yang telah dikemukakan.

UK telah meninggalkan EU pada 31 Januari namun syarat utama keanggotaanya tetap berlaku dalam tempoh peralihan hingga akhir tahun ini, di mana kedua-dua pihak berharap dapat mementeraikan perjanjian perdagangan bebas yang baru.

Matawang GBP kini menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.13% kepada paras 1.2706 setakat jam 9.55 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat