Apakah Maksud Di Sebalik Tindakan Provokasi AS Ini?

841

Menurut sebuah laporan, 5 buah pesawat peninjau milik tentera Amerika Syarikat didakwa   berlegar di ruang udara Guangdong di China Selatan selama 3 hari berturut-turut.

Pesawat Tentera Laut AS, EP-3E itu dikhabarkan berada dalam jarak 90 kilometer (km) dari ruang udara di luar pesisir pantai Guangdong.

Tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat ini adalah untuk menakut-nakutkan China dengan menunjukkan kekuatan ketenteraan milik negara tersebut bahkan mereka mampu untuk menjalankan pengintipan terhadap sebarang kegiatan yang dilakukan oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China. Tambahan daripada itu, negara kuasa besar berkenaan dikatakan mempamerkan sokongan terhadap Taiwan, yang dianggap sebagai musuh ketat China.

Sehubungan dengan itu, China telah mengemukakan amaran terhadap Amerika Syarikat bahawa tindakan tersebut adalah sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Walau bagaimanapun, jika Amerika Syarikat bertindak ‘ganas’, anggota ketenteraan PLA tidak akan teragak-agak untuk membuat serangan balas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat