Apakah Matawang Paling Kuat dan Paling Lemah Pada Awal Sesi New York?

1,061

US dollar meneruskan kenaikannya berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Khamis dengan sentimen pasaran semakin pulih selepas nada komen Presiden Trump terhadap isu Syria dilihat lebih lembut berbanding sebelum ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.47% setakat pada pukul 10.37 malam.

Jadi matawang apakah paling kuat pada awal sesi New York? Jawapannya adalah GBP dan NZD. Manakala matawang paling lemah pula ialah Yen dan Swissy.

Anda boleh lihat kenaikan GBP/JPY setakat ini mencecah 0.85% dan GBP/CHF naik 0.92%. NZD/JPY pula naik sehingga 0.67% dengan NZD/CHF naik 0.72%.

Manakala bagi pair GBP/NZD – ia membuat kenaikan 0.21% setakat pada pukul 10.41 malam. Jelas matawang GBP adalah paling kuat ketika ini.

EUR/USD pula jatuh 0.47% setakat ini disebabkan komen dovish ECB dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pukul 7.30 malam tadi. Euro juga turut melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain termasuk GBP dan NZD.

Dalam komen terbaru Trump tentang serangan ke Syria beliau mengatakan serangan terhadap Syria yang menggunakan senjata kimia mungkin datang “dalam masa terdekat atau tak dekat langsung”.

Dengan perkembangan terbaru sentimen yang semakin pulih, indeks saham Wallstreet juga dibuka lebih tinggi dengan S&P500 naik 0.84%, Nasdaq naik 1.04% dan Dow Jones naik 1.17%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat