Apakah Matawang Yang Mengukuh Dalam Perang Perdagangan? Ini Pendapat Wells Fargo

989

Presiden Trump telah mengenakan tariff terhadap produk dari China pada Khamis, sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa China akan bertindak balas. Tetapi Wells Fargo meramalkan bahawa keadaan itu sebenarnya boleh memulihkan dolar. Indeks US dolar naik pada hari Khamis akan tetapi sehingga pada hari ini matawang greenback telah merosot sebanyak 2.9%.

Bagi Wells Fargo, perang perdagangan menimbulkan risiko kepada ekonomi global pada 2018 secara keseluruhan akan menyebabkan US dolar melemah. Tatapi dari satu sudut yang lain Wells Fargo berkata protectionism oleh A.S. akan menjadikan trade defisit semakin berkurangan sekaligus menguatkan US dollar.

“Kami berpendapat bahawa sebarang senario perang perdagangan berkemungkinan akan membuatkan US dolar menguat,” kata Erik Nelson, penganalisis matawang. “Ekonomi A.S. berkemungkinan adalah negara yang paling sedikit mendapat risiko dalam senario seperti ini berbanding dengan negara-negara lain.”

Bagi Nelson, perang perdagangan akan memberi faedah kepada US dolar khususnya terhadap matawang negara peso Mexico, Korea Selatan dan Ruble. Kesemua matawang ini adalah negara sedang membangun yang mempunyai lebihan perdagangan yang besar dengan A.S. serta sensitif terhadap kelemahan ekuiti global.

“Pergerakan pasaran hari ini dengan ekuiti yang lemah dan US dolar yang kukuh adalah konsisten dengan corak yang kita lihat dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan ini adalah keadaan yang mungkin akan berlaku dalam senario perang perdagangan.”

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat