Apakah Nasib Dagangan Komoditi Hitam Hari Ini?

232

Emas hitam memadamkan sedikit keuntungan yang diraihnya pada sesi sebelum ini dengan penanda aras minyak mentah AS kembali jatuh di bawah paras harga $39 setong yang dijejaskan oleh pengukuhan US dolar ketika pasaran menantikan keputusan pilihan raya.

Niaga hadapan minyak Brent dan WTI Amerika Syarikat masing-masing mencatatkan penurunan 1.5% kepada $40.62 setong dan $38.56 setong pada sesi Asia.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini mencatatkan peningkatan setelah menyaksikan kejatuhan ketara dalam bekalan minyak mentah AS yang jatuh lebih 10 kali ganda daripada yang dijangkakan pasaran berikutan ancaman taufan Zeta telah memaksa syarikat tenaga menutup fasiliti minyak dan menghentikan pengeluaran.

Data terbaru daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan kejatuhan sebanyak 8 juta tong dalam inventori minyak AS pada minggu lepas, mengalahkan jangkaan pasaran untuk kenaikan 900,000 tong.

Bagaimanapun, tidak semua data bekalan AS menunjukkan bacaan positif. Ini kerana bekalan petrol direkodkan meningkat sebanyak 1.5 juta tong, tersasar dari jangkaan untuk menurun.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru pilihan raya, Demokrat Joe Biden mengatakan pada hari Rabu bahawa beliau kini menuju kemenangan ke atas Presiden Donald Trump setelah berjaya memenangi negara-negara Midwestern yang penting di Wisconsin dan Michigan, sementara pihak Trump pula membuat tuntutan supaya undi dikira semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat