Apakah Nasib Emas Menjelang Hujung Minggu?

1,684

Harga emas kekal stabil ketika pasaran menuju ke penutup dagangan hujung minggu, menyaksikan logam kuning itu diniagakan berlegar di sekitar bawah paras tertinggi lima bulan yang dicapainya pada Selasa.

Memasuki sesi Eropah, spot emas diniagakan sedikit meningkat pada $1,861 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,863 per auns.

Dagangan logam berharga itu kini dilihat bergerak seiring dengan pergerakan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang mendatar, selain mungkin turut dipengaruhi kewaspadaan pelabur untuk aktiviti pengambilan untung (profit taking) menjelang hujung minggu.

Walaupun terus mendapat sokongan daripada peningkatan inflasi yang tinggi di seluruh dunia, tetapi kenaikan logam berharga itu turut dibataskan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat utama.

Dengan lonjakan inflasi Amerika Syarikat ke tahap tertinggi 30 tahun, dan di UK paling tinggi 10 tahun, ia telah mencetuskan spekulasi bahawa bank pusat akan bertindak untuk mengekangnya.

Ini ditambah dengan ramalan pasaran terhadap Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan menaikkan kadar faedahnya sekali lagi pada mesyuarat polisi minggu depan selepas melihat jangkaan inflasi untuk suku keempat meningkat ke tahap tertinggi 11 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat