Apakah Nasib USD Pada Sesi Eropah?

237

US dolar sedikit meningkat pada sesi Eropah yang turut menyaksikannya kebanyakan mata wang utama lain berundur dari paras ketinggian harian.

Pemain pasaran kini bersiap sedia menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Dengan jangkaan yang sedikit suram, pekerjaan AS diramalkan bertambah lebih perlahan pada September daripada angka yang dicatatkan bulan sebelumnya. Namun, kadar pengangguran dijangka tidak berubah pada 3.7%.

Sementara menantikan penerbitan data tersebut, pelabur akan melihat pengeluaran laporan tuntutan pengangguran mingguan AS terlebih dahulu pada sesi New York.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat paa 11.24 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang pound sedikit susut namun masih mengekalkan keuntungan yang diraih sejak minggu lalu, dengan euro turut menyusuli pergerakan tersebut menjelang penerbitan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB).

Laporan minit ini bakal diteliti oleh pelabur untuk petunjuk seterusnya bagi saiz kenaikan kadar faedah oleh bank pusat itu pada masa akan datang.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut mencatat penyusutan, dengan dolar kiwi hampir memadamkan semua keuntungan yang diraih susulan keputusan dasar bank pusat pada Rabu yang telah menawarkan pendirian hawkish selepas menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat