Apakah Penyebab Kenaikan US Dollar Minggu Lalu (26 – 30 Mac)?

552

Matawang US dollar sepanjang minggu lalu merekodkan kenaikan berbanding majoriti matawang utama kecuali Kiwi. US dollar paling banyak membuat kenaikan pada Selasa dan Rabu, jadi apakah yang menyokong kenaikan US dollar pada masa itu?

Sebenarnya tidak ada pemangkin yang jelas terhadap US dollar. Pada Selasa kenaikan menyeluruh USD dilihat berikutan aliran modal akhir bulan dan akhir suku pertama 2018. Selain itu, kenaikan matawang ini juga disebabkan kebimbangan yang semakin berkurangan terhadap A.S. – Korea Utara.

Kenaikan pada Rabu disokong oleh laporan pertemuan antara Jong-Un pemimpin Korea Utara dan Xi Jinping. Dalam pertemuan itu juga, Jong-Un menyatakan kesediaannya untuk menghentikan program nuklear mereka. Dalam masa yang sama Jong-Un juga telah menghantar delegasi ke Amerika Syarikat untuk menghantar jemputan pertemuan bersama Presiden Trump.

Dari segi data ekonomi, bacaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang merekodkan bacaan melebihi jangkaan menambah kenaikan US dollar pada Rabu.

Selepas itu, kenaikan matawang greenback agak terhalang dengan tiada sebab jelas kepada kelemahan itu. Sememangnya tidak banyak data ekonomi yang dikeluarkan pada minggu lalu menjelang hari cuti umum sejak Jumaat sehinggalah pada hari ini. Ya, hari ini pada Isnin juga adalah cuti umum di kebanyakan pasaran utama dunia.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

19 – 23 Mac 26 – 30 Mac
Eur/Usd- Naik 149 pip Eur/Usd – Jatuh 192 pip
Usd/Jpy – Jatuh 200 pip Usd/Jpy – Naik 238 pip
Gbp/Usd– Naik 306 pip Gbp/Usd – Jatuh 235 pip
Usd/Chf- Jatuh 125 pip Usd/Chf – Naik 150 pip
Usd/Cad– Jatuh 300 pip Usd/Cad – Sideway 125 pip
Aud/Usd– Volatile 113 pip Aud/Usd – Jatuh 114 pip
Nzd/Usd– Volatile 121 pip Nzd/Usd – Volatile 121 pip

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Data imbangan perdagangan (Isnin)

Imbangan perdagangan New Zealand naik kepada NZ$217 juta pada Februari berbanding defisit sebanyak NZ$655 juta sebelum ini. Jangkaan penganalisis untuk data kali ini adalah defisit sebanyak NZ$100 juta.

  • Indeks keyakinan pengguna Amerika Syarikat (Selasa)

Indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan oleh Conference Board di A.S. merosot pada Mac. Bacaan indeks merosot kepada 127.7 berbanding jangkaan 131.2. Data  ini penting untuk dilihat oleh pasaran kerana ia mewakili tinjauan terhadap 5,000 isirumah di Amerika Syarikat.

  • Indeks keyakinan perniagaan New Zealand (Rabu)

Indeks keyakinan perniagaan New Zealand pada Mac merosot kepada -20, semakin rendah daripada bulan sebelum itu -19. Bacaan melebihi 0.00 menunjukkan keyakinan terhadap perniagaan di New Zealand dan sebaliknya jika bacaan di bawah 0.00.

  • Pertumbuhan ekonomi GDP, A.S. (Rabu)

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar terpantas pada suku terakhir tahun lalu lebih daripada jangkaan pasaran. Ini adalah bacaan terakhir pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat bagi suku keempat tahun 2017. Data kali ini sangat penting kerana ia akan melengkapkan bacaan pertumbuhan sepanjang tahun lepas. Keluaran dalam Negara Kasar (GDP) mencatat pertumbuhan 2.9% secara tahunan berbanding jangkaan 2.7%. Bacaan kali ini lebih tinggi daripada bacaan awal 2.5%

  • Pertumbuhan ekonomi GDP, U.K. (Khamis)

Data pertumbuhan ekonomi UK bagi suku keempat 2017 mencatatkan bacaan yang sejajar dengan jangkaan, iaitu 0.40%. Terdapat dua data ekonomi penting yang dikeluarkan dari UK pada minggu lalu. Akaun semasa UK yang dikeluarkan pada Khamis merekodkan defisit yang semakin berkurangan kepada £-18.4 billion berbanding jangkaan £-24 billion dan bacaan sebelum ini £-19.2 billion.

  • Pertumbuhan ekonomi GDP, Kanada (Khamis)

Data pertumbuhan ekonomi bulanan Kanada merekodkan kemelesetan pada Januari 2018 dengan -0.10% berbanding kenaikan 0.10% dan bacaan sebelum itu yang meningkat 0.20%. Data ini dikeluarkan setiap bulan oleh Kanada.

  • Data perbelanjaan pengguna, A.S. (Khamis)

Data yang lebih penting iaitu Core PCE Price Index hanya naik 0.2% secara bulanan (MoM) sejajar dengan jangkaan. Data Core PCE ini adalah data yang dikatakan menjadi keutamaan The Fed untuk melihat pergerakan inflasi. Dari segi tahunan (YoY), data ini meningkat 1.60% masih di bawah sasaran INFLASI bank pusat Amerika Syarikat (The Fed) iaitu 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat