Apakah Sentimen & Tumpuan Pasaran Terhadap Matawang Euro Minggu Ini?

1,358

Matawang Euro kini mengukuh berbanding US dolar yang disokong oleh sentimen positif Brexit di mana terdapat laporan termeterainya perjanjian ‘tempoh peralihan’ UK dalam rundingan antara kedua-dua pihak. Pasaran bukan sahaja positif terhadap matawang GBP, malah juga terhadap matawang Euro.

Matawang Euro didagangkan bercampur-campur sepanjang minggu lalu di mana ia dilihat mengukuh berbanding Aussie, CAD dan NZD, tetapi lemah berbanding USD, GBP dan Yen.

Matawang Euro pada minggu lalu lebih banyak bergerak disebabkan oleh pair yang satu lagi sebagai contoh EUR/USD dan EUR/JPY lebih banyak digerakkan oleh berita dari Amerika dan Jepun. Contohnya kejatuhan EUR/USD lebih banyak disebabkan kekuatan matawang US dollar dan juga kejatuhan EUR/JPY lebih banyak disebabkan peralihan pelabur ke matawang Yen.

Sememangnya tidak banyak data dan event yang dikeluarkan dari Zon-Eropah pada minggu lalu dengan tumpuan hanyalah kepada ucapan Draghi pada Rabu dan data inflasi pada Jumaat. Draghi dilihat dovish minggu lalu dengan mengulangi komen beliau dalam sidang media ECB dua minggu lepas. Selain itu, data inflasi CPI juga meleset dengan bacaan kini hanya 1.1% jatuh daripada 1.2%.

Tumpuan pasaran terhadap matawang Euro pada minggu ini akan terarah kepada perkembangan tariff oleh Amerika Syarikat dan juga potensi perang perdagangan dengan Amerika Syarikat. Sebelum ini Trump jelas dilihat akan mengenakan tariff kepada China dan Jerman yang telah mencetuskan risiko dalam pasaran terhadap beberapa matawang utama dunia.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat