Apakah Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh The Fed Awal Pagi Khamis Ini?

536

Tinggal lagi beberapa jam, mesyuarat FOMC akan berlangsung. Penganalisis menjangkakan the Fed akan mengekalkan dasar moneteri Amerika Syarikat (A.S) pada awal pagi Khamis nanti.

Hal ini adalah berikutan para penggubal dasar mendapati penularan pandemik yang semakin meningkat memberi kesan besar terhadap ekonomi dan terkini perhatian tertumpu pada pengedaran vaksin yang lebih berskala besar dan pakej rangsangan yang baru dari kerajaan.

Dalam beberapa pertemuan lalu, the Fed telah melakukan perubahan ketara dalam polisi. The Fed telah menggunakan instrumen kadar faedah dan pembelian bon sebagai langkah untuk merangsang ekonomi.

Walaubagaimanapun data ekonomi sejak pertemuan lepas pada bulan Disember telah mengecewakan pasaran dan para penganalisis berpendapat penggubal dasar berkemungkinan akan mengetepikan sebarang langkah pelonggaran dasar monetari.

Ketua Ekonomi Oxford, Kathy Bostjancic mengatakan ekonomi dijangka akan bertumbuh dengan pesat pada suku kedua nanti kerana ketika itu lebih ramai penduduk akan menerima vaksin, orang ramai akan lebih mudah melakukan perjalanan dan berbelanja dan perbelanjaan pentadbiran Bidan dapat diteruskan dengan baik.

Kira-kira 25 juta orang telah menerima sekurang-kurang satu daripada dua dos vaksin sejak Ahad lalu dan Joe Biden berharap dapat meningkatkan pemberian dos harian kepada 1.5 juta sehari. Selain itu, Biden juga telah memohon bantuan tambahan bernilai $ 1.9 trilion bagi mempercepatkan proses vaksinasi dan merangsang ekonomi.

Tamsilnya, pasaran berpandangan akan mempertahankan nada bersifat ‘dovish’ beliau pada ketika ini dengan menyatakan bahawa inflasi tetap di bawa sasaran tahun 2%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat