Apakah US Dolar Akan Terus ‘Gagah’?

877

US dolar didagangkan pada paras tinggi sejak November lalu berbanding matawang utama pada hari Jumaat kerana didorong oleh keyakinan pasaran terhadap vaksin pandemik Covid-19 dan perkembangan ekonomi. US dolar berada pada paras tertinggi berbanding yen sejak bulan.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sedikit sebanyak 0.10% kepada paras tukaran 92.733 setakat jam 11.15 p.m. Penganalisis berpendapat paras ini masih tetap tinggi.

Kejatuhan yang sedikit ini didorong oleh perbelanjaan pengguna yang mencatat kejatuhan terbesar dalam tempoh 10 bulan pada bulan Februari.

Menurut penganalisis, Minh Trang dari Silicon Valley Bank berpendapat bahawa pasaran setakat ini secara asasnya menjangkakan bahawa kejayaan pengedaran vaksin akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi, dan memaksa the Fed untuk mempertimbangkan penetapan kadar faedah dengan menaikkan dengan lebih cepat.

Hasil bon telah menujukkan peningkatan drastik namun baru-baru ini ia telah jatuh di bawah paras tertinggi.Tuntutan pengangguran A.S. telah jatuh ke paras terendah satu tahun minggu lalu dan Presiden Joe Biden menyatakan bahawa beliau ingin menggandakan proses vaksinasi setelah mencapai 100 juta suntikan.

Disisi lain, matawang Euro berjaya kembali kukuh dari paras terendah empat bulan yang didorong oleh sentimen perniagaan yang semakin peningkat di Jerman.Dalam masa yang sama, harga bitcoin telah kembali pulih setelah pengambilan keuntungan dan kontrak niaga hadapan yang tamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat