Apakah Yang Akan Terjadi Terhadap Perjanjian Perdagangan UK-US Jika Biden Menang?

545

UK hanya berbaki beberapa minggu menjelang tarikh akhir rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Di samping itu UK telah berusaha untuk menjalin hubungan perdagangan dengan beberapa negara lain, antaranya Amerika Syarikat.

Dalam minggu ini, pihak pentadbiran kedua-dua pihak iaitu UK dan A.S baru sahaja menyelesaikan rundingan perdagangan pusingan kelima yang memiliki objektif unutk mementerai perjanjian perdagangan. Pihak pentadbiran UK berpendapat hasil rundingan adalah baik secara keseluruhan. Disisi lain jika hal ini terus berlanjutan, kesepakatan dapat dicapai dan ia akan menjadi durian runtuh untuk UK, setelah negara UK mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah pada bulan Januari.

Menteri luar UK, Dominic Raab pada hari Rabu memberi penekanan dan mengulas mengenai halatuju hubungan perdagangan UK dengan A.S selepas pilihan raya. Menurut beliau, tidak kira siapakah yang bakal memenangi pilihan raya A.S ini, kesepakatan perdagangan harus dilakukan.

Walaupun terdapat ketidakpastian tentang gerak kerja rundingan perdagangan selepas ini. Beliau tetap yakin bahawa perjanjian perdagangan akan tetap diteruskan kerana ia telah berlangsung dengan baik dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Tumpuan utama pasaran masih tertumpu kepada perkembangan mengenai hasil keputusan pilihan raya presiden AS yang menyaksikan persaingan yang lebih sengit daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat