Apakah Yang Menanti Boris Johnson Selepas ‘Sahabat Baik’ Beliau Kalah?

397

Rentetan daripada kemenangan Joe Biden sebagai presiden baru Amerika Syarikat, tumpuan pasaran pastinya terarah kepada ‘sahabat baik’ Donald Trump, iaitu Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Boris Johnson dikatakan akan berdepan tekanan lebih besar untuk mendapatkan perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) berikutan kemenangan Joe Biden, menurut pegawai kanan parti Konservatif (Tories) dan diplomat UK.

Pejabat Luar Negeri dan Downing Street dilaporkan sedang berusaha untuk menilai implikasi terhadap dasar luar UK presiden Biden, termasuk dalam isu Brexit, perubahan iklim, Timur Tengah, China dan NATO.

Bagaimanapun, selepas panggilan telefon pada Sabtu antara PM Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang berakhir dengan masih terdapat perbezaan yang signifikan dalam beberapa isu, telah meningkatkan kebimbangan bahawa kedua-dua pihak mungkin tidak dapat mencapai kesepakatan.

Pro-EU Tories dan diplomat kini bimbang bahawa kemungkinan no-deal Brexit akan menyebabkan tekanan yang serius antara London dan Washington serta membahayakan hubungan istimewa mereka.

Sebelum ini, Biden pernah menentang Brexit dan memihak kepada EU dengan menyatakan sokongan beliau terhadap integrasi Eropah dan Perjanjian Good Friday.

Biden juga pernah mengancam bahawa tidak akan ada kesepakatan dalam perjanjian perdagangan pasca Brexit antara UK dan AS, sekiranya kesan no-deal Brexit akan menjejaskan perjanjian Good Friday.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat