Apakah Yang Mengganggu Pergerakan Pasaran Menjelang Sesi New York?

553

Pergerakan mata wang tidak banyak berubah ketika pasaran melangkah ke sesi Eropah, menyaksikan US dolar terus berlegar di sekitar paras terendah hampir satu bulan.

Setelah laporan minit mesyuarat FOMC gagal merangsang reaksi ketara pasaran, pelabur kini menumpukan perhatian kepada penerbitan data pertumbuhan ekonomi dari Amerika Syarikat pada sesi New York.

Antaranya adalah, anggaran kedua pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama, data tuntutan pengangguran mingguan dan perubahan jualan rumah tertunda untuk bulan April.

Sebagai menyokong sentimen pasaran, pelabuhan di Shanghai dilaporkan beroperasi pada kapasiti 95%. Namun, pada hari yang sama jangkitan Covid-19 di Beijing terus mencatat rekod selepas 45 kes baharu telah dicatatkan pada Rabu.

Ini menimbulkan ketidakpastian terhadap ekonomi China yang baru sahaja dapat ‘bernafas’ berikutan sekatan di Shanghai akan dihapuskan sepenuhnya pada Jun.

Meneliti pergerakan mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan lebih tinggi walaupun tidak banyak perubahan dapat diperhatikan pada sesi dagangan hari ini.

Sementara mata wang euro pula kekal stabil selepas tergelincir dari paras harga 1.07 berbanding USD. Keyakinan pelabur terhadap pendirian hawkish Bank Pusat Eropah terus menyokong mata wang tunggal itu.

Pound juga mempertahankan pengukuhan di paras tertinggi tiga minggu selepas mencatatkan peningkatan pada awal sesi.

Secara keseluruhan, pasaran mata wang terus perlahan dan dijangka akan lebih aktif pada sesi New York dengan penerbitan data ekonomi utama menjadi pemacu kepada pergerakan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat