Apalah Nasib Alibaba & Tencent Kena Denda Dengan China

306

Haiyaa, kerajaan China banyak garang.

Pengawal selia pasaran utama China telah mendenda Alibaba Group Holdings Ltd, Tencet Holdings Ltd dan Bilibili Inc kerana kegagalan mereka melaporkan lebih sedozen tawaran yang pernah dibuat mereka.

Menurut pemfailan awam, Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran (SAMR) China telah mengenakan penalti sebanyak 500,000 Yuan atau US$78,692 kepada syarikat bagi setiap tawaran dibawah undang-undang anti monopoli China 2008.

Denda tersebut dikenakan semasa tindakan keras kawal selia yang berterusan ke atas pelbagai industri di China dengan sektor teknologi menjadi sasaran utama dan SAMR khususnya menyasarkan syarikat teknologi yang tidak melaporkan tawaran mereka.

Setakat November, sebanyak 43 syarikat dikenal pasti gagal melaporkan tawaran mereka dan dikenakan denda 500,00 Yuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat