Ape Citer Pula Amazon Kena Siasat Ni?

271

Suruhanjaya Eropah telah mengemukakan dakwaan bahawa Amazon telah melanggar peraturan antimonopoli Eropah dengan menggunakan data penjual bebas untuk kepentingannya sendiri.

Oleh itu, suruhanjaya berkenaan telah mengumumkan penyiasatan kedua terhadap syarikat tersebut.

Untuk pengetahuan semua, keputusan itu diputuskan setelah suruhanjaya, yang merupakan cabang eksekutif Kesatuan Eropah, melancarkan siasatan terhadap peruncit dalam talian pada bulan Julai 2019 berikutan kebimbangan mengenai tingkah laku anti-persaingan.

Berdasarkan sebuah kenyataan yang diterbitkan pada hari ini, mereka mendedahkan bahawa pihaknya mendapati bahawa Amazon menggunakan data perniagaan penjual bebas di pasarannya untuk menguntungkan perniagaan runcitnya sendiri.

Menurut competition chief EU, Margrethe Vestager, data mengenai aktiviti penjual pihak ketiga tidak boleh digunakan untuk kepentingan Amazon ketika bertindak sebagai pesaing kepada penjual ini.

Namun begitu, Amazon bertindak menafikan dakwaan berkenaan serta akan terus melakukan segala usaha untuk memastikan bahawa mereka tidak bersalah. Menurutnya lagi, tiada syarikat yang peduli terhadap sektor perniagaan kecil atau menyokongnya selama tempoh 2 dekad terakhir kecuali Amazon.

Sementara itu, siasatan antimonopoli kedua yang bakal dijalankan oleh suruhanjaya itu didakwa akan mempengaruhi perniagaan runcit Amazon sendiri berbanding penjual pasaran yang menggunakan perkhidmatan logistik dan penghantarannya.

Selain itu, mereka kini berpeluang untuk menafikan dakwaan yang dikemukakan dengan menjawab secara bertulis atau melalui pendengaran lisan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat