Apecoin Bakal Mengganas Hingga Ke Paras $9!

144

Prestasi Apecoin (APE) yang semakin memberangsangkan selama tiga hari berturut-turut berjaya memberi lonjakan kepada harganya sebanyak 13.2% menembusi paras rintangan sekitar $4.20.

Penembusan berikut mampu memberi peluang kepada para pelabur untuk membeli Apecoin tersebut lagi susulan ia dijangkakan akan melepasi pula zon $5.10.

Antara penyebab pendakian harga tersebut berlaku adalah apabila 57.5 juta APE bernilai $247 juta telah dipertaruhkan (staking) dengan sekitar 21% dibiayai oleh Yayasan ApeCoin.

Dimaklumkan bahawa Syarikat exchanger kripto Binance telah melancarkan program Ape non-fungible token (NFT) Staking yang membenarkan para pengguna membuat staking NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) mahupun Mutant Ape Yacht Club (MAYC) di Binance untuk memperoleh APE .

Tujuan pelancaran berikut difahamkan bukan sahaja untuk mengurangkan bekalan dalam pasaran, malah meningkatkan pertumbuhan nilai pasaran.

Terdahulu, sejak tujuh bulan lalu ketika para pelabur secara agresif menjual pegangan aset digital masing-masing, harga APE secara berterusan melakukan penurunan drastik, namun kini melonjak semula daripada paras sokongan $2.88.

Rentetan itu, harga APE dijangkakan akan maju lagi hingga 18.5% dengan mencapai sarasan pada $5.14 dan meneruskan kenaikan melepasi harga $9 jika pasaran kripto berjaya meneruskan momentum positif.

Setakat penulisan ini, harga APE melakukan pemulihan dengan berlegar pada zon $4.24 dengan jangkaan akan melantun semula ke paras lebih tinggi selepas ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat