Aplikasi ASNB Di Google Play Tidak Diiktiraf Dan Palsu

1,017

Berdasarkan notis laporan yang dikeluarkan, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memaklumkan bahawa aplikasi didaftarkan di bawah nama ASB PNB ASNB dan ASB Kalkulator dalam google play adalah palsu.

Aplikasi ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak mereka dan telah menyalahgunakan nama dan logo korporat agensi ASB dan PNB sebagai logo aplikasi tersebut. ASB merupakan salah satu tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB.

Justeru pihak ASNB menegaskan bahawa pihak mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aplikasi tersebut baik secara langsung dan tidak langsung.

Maka orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan aplikasi tersebut kerana isi kandungan yang dinyatakan dalam aplikasi tersebut adalah tidak diiktiraf dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak ASNB dan PNB.

Pihak agensi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat maklumat yang disediakan dalam aplikasi tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat