Apple Bakal Integrasikan Kripto Dalam Produk Mereka?

1,878

Apple mengumumkan bahawa pihak mereka berhasrat mengembangkan pasukan projek Apple Wallet. Apple telah memuat naik pengiklanan yang sedang mencari seseorang yang bergalaman dalam bidang matawang kripto dan penyelesaian pembayaran alternatif.

Berdasarkan tawaran tersebut difahamkan bahawa orang yang dipilih nanti akan ikut serta dalam pasukan Apple Wallets, Payments, and Commerce. Kemahiran dan pengalaman yang terkait dengan kripto disebutkan secara jelas dalam “kelayakan utama” yang diperlukan. Apple juga meletak syarat bahawa seseorang itu juga mesti memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun atau pernah bekerja dalam syarikat pembayaran alternatif yang menyokong pilihan kripto.

Apple menyatakan bahawa kami sedang mencari profesional yang terbukti dalam penyelesaian global dan penyelesaian pembayaran alternatif. Posisi ini memerlukan seseorang yang turut bertanggungjawab ke atas pengembangan perniagaan, termasuk menyaring rakan kongsi, merundingkan dan mementerai perjanjian komersial dan melancarkan program baru.

Syarat yang menyebut matawang kripto telah menarik perhatian ramai kerana ia secara jelas menyebut hal tersebut dan membuka tafsiran seolah Apple kini bersedia untuk mengembangkan produk atau perkhidmatan terkait kripto.

Nampaknya, selepas Samsung tampil lebih agresif menceburi sektor kripto dengan memperkenalkan teknologi baru kepada peminatnya, Apple berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat